ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  RM29,000 MENANTI KAKI PANCING

Monday 22/10/2018



CYBERJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Hadiah wang tunai berjumlah RM29,000 bakal menanti pemenang Cabaran Memancing PKNS sempena Karnival Hartanah PKNS Selangor Cyber Valley, di sini pada 27 Oktober ini.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini khusus diadakan di pusat pertumbuhan baharu PKNS ke-11 iaitu Selangor Cyber Valley.

Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak bin Hashim berkata, PKNS ingin memperkenalkan Selangor Cyber Valley yang merupakan antara bandar baharu dibangunkan PKNS kepada kaki pancing seluruh negara, selain mempromosikan hartanah PKNS di bandar pintar berkenaan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik disediakan, selain Cabaran Memancing pada 27 Oktober ini yang merupakan program utama untuk memeriahkan sepanjang dua hari karnival tersebut, di mana ia akan berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 1.30 petang di Tasik Selangor Cyber Valley, di sini.

“Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai berjumlah 15,000, naib juara, RM5,000 manakala pemenang tempat ketiga RM2,000.

“Pemenang keempat akan menerima RM800 dan kelima RM500. Bagi pemenang di tempat keenam hingga ke-10 menerima RM200 dan pemenang ke-11 hingga ke-60 akan menerima RM100.

“Kita sasarkan akan menerima seramai 1,500 penyertaan yang akan dibuka sehingga hari pertandingan berkenaan, dengan yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM20 bagi setiap satu joran,” katanya semasa acara pelepasan ikan di tasik berkenaan hari ini.

Ujar Ishak, kepada orang awam yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, borang penyertaan akan mula diedarkan di lokasi pertandingan bermula 26 Oktober ini.

Justeru, kaki pancing dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini dan berpeluang meraih pelbagai hadiah menarik yang bakal menanti pemenang cabutan bertuah antaranya TV LED 32 inci, kotak simpanan sejuk beku, mesin pancing, termasuk 1,500 cenderahati eksklusif dan banyak lagi.

Terdahulu satu acara pelepasan ikan di tasik berkenaan disempurnakan oleh Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Selatan, Haji Lokman bin Haji Abd Kadir.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan sila hubungi talian 012-2141401, 019-6203040 dan 013-3838655.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Haji Ishak Hashim

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS
Tel: Tel: 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651
Email: ishak@pkns.gov.my

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.