ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  INDEKS BAHARU YANG DIKELUARKAN MENUNJUKKAN PENINGKATAN PERKHIDMATAN KEWANGAN INKLUSIF CHINA

Wednesday 17/10/2018



AsiaNet 75788

BEIJING, China, 17 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--


Indeks Kewangan-PKS Inklusif CCB-Xinhua telah dirasmikan di Beijing pada 11 Oktober, yang menunjukkan ketersediaan dan kualiti perkhidmatan kewangan yang lebih baik untuk perusahaan bersaiz kecil dan mikro (PKS) China pada suku kedua tahun 2018.

Indeks Kewangan-PKS Inklusif CCB-Xinhua disusun bersama oleh China Construction Bank (CCB) dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di bawah Agensi Berita Xinhua, dan ia termasuk empat indeks kecil, yang merupakan indeks pembiayaan, indeks perkhidmatan, indeks pembangunan dan indeks perniagaan.

Ia mencerminkan keupayaan sistem kewangan China untuk menyediakan perkhidmatan yang sesuai pada harga yang agak berpatutan untuk PKS dan menggambarkan keadaan perjalanan dan status pembangunan bagi kewangan inklusif untuk PKS, sekali gus mewujudkan satu "barometer" dan "kompas" bagi kewangan PKS yang inklusif.

Indeks itu menunjukkan bahawa harga pembiayaan China bagi PKS telah stabil dengan turun naik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Trend itu menurun pada tahun 2016 dari suatu tahap yang agak tinggi pada tahun 2015, dan menunjukkan satu trend yang menaik dengan pembetulan selepas suku kedua tahun 2017 untuk mencapai kemuncak pada 107.63 pada suku  keempat. Sejak tahun 2018, indeks harga pembiayaan bagi PKS menurun berbanding dengan suku terakhir tahun 2017.

Pada suku kedua tahun 2018, indeks pembangunan dan indeks perniagaan untuk PKS kekal masing-masing pada 55.41 dan 54.80, kedua-duanya lebih tinggi daripada ambang kritikal 50 dan menunjukkan keadaan yang berkembang pesat dalam kedua-dua bidang itu.

Liu Zhengrong, Naib Presiden dan Setiausaha Agung bagi Agensi Berita Xinhua, berkata baahwa Xinhua akan terus melaporkan dasar dan langkah-langkah China untuk membangunkan kewangan inklusif dan pengalaman dan pencapaian tempatan secara praktik di seluruh negara itu. Xinhua akan juga mengintegrasikan kesemua sumber media mereka dan pasukan pemikir khusus, seperti platform maklumat kewangan kebangsaan Xinhua Finance dan platform maklumat kredit kebangsaan Xinhua Credit, untuk memberikan perkhidmatan kepada institusi kewangan seperti CCB dan menyumbang kepada pembangunan kewangan inklusif China.

Tian Guoli, pengerusi bagi CCB berkata bahawa dalam bidang kewangan inklusif, masih terdapat banyak masalah teori dan praktikal yang perlu diselesaikan, dan Indeks Kewangan-PKS Inklusif CCB-Xinhua memberikan secara maksimum kepada kekuatan kesemua sektor masyarakat, seperti bank dan media profesional, untuk mewujudkan satu barometer bagi prestasi kewangan inklusif China, dan menyediakan sokongan dalam membuat keputusan bagi inovasi produk, model dan mekanisme kewangan inklusif.
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=322139

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.