ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENGUATKUASAAN PINDAAN PERATURAN BERKAITAN MINUMAN BERALKOHOL DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

Tuesday 16/10/2018



KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan pindaan peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah PeraturanPeraturan Makanan 1985 pada 27 Mei 2016. Pindaan peraturan tersebut akan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2018.

Pindaan ini adalah selaras dengan “Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol” yang telah dimeterai oleh semua Menteri Kesihatan semasa “World Health Assembly” ke 63 pada tahun 2010 untuk mengurangkan kebolehdapatan minuman beralkohol di pasaran.

Pindaan peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (Compounded Hard Liquor atau CHL).

Pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada termasuk:

- Melarang penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini;

- Semua penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan notis “MEMINUM ARAK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN” di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dijual dan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol;

- Mewajibkan supaya minuman beralkohol untuk jualan dipamerkan di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain;

- Mewajibkan pernyataan “MEMINUM ARAK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN” di atas semua label produk minuman beralkohol; dan

Standard baru CHL telah diwujudkan bagi mengawal keselamatan dan kualiti produk serta memberi maklumat yang tepat kepada pengguna. CHL merupakan minuman beralkohol yang dihasilkan daripada minuman beralkohol seperti wiski, rum, vodka dan brandi dengan etil alkohol yang ditambah yang berasal daripada pertanian atau sulingan yang berasal dari pertanian. Standard yang baru ini juga menetapkan bahawa produk CHL hanya dibenarkan dijual dalam botol kaca dengan isipadu minima 700 ml.

Kegagalan mematuhi peraturan 361 dan 386A mengenai CHL merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan di negara ini adalah terkawal. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.

YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


16 OKTOBER 2018

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.