ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG SIASATAN KE ATAS DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL

Tuesday 16/10/2018



PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Siasatan Khas telah ditubuhkan pada 24 September 2018 susulan daripada laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Badan Siasatan Bebas pada 18 September 2018.
 
Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk melengkapkan maklumat-maklumat siasatan awal oleh Badan Siasatan Bebas berhubung dakwaan salah laku seksual oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.
 
Perkara ini dilakukan bagi mempertimbangkan tindakan tatatertib yang wajar diambil ke atas ketua jabatan berkenaan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
 
Untuk makluman, Badan Siasatan Bebas yang ditubuhkan sebelum ini bertujuan untuk mengesahkan dakwaan salah laku seksual seperti yang dilaporkan di dalam sebuah akhbar tempatan pada 29 Julai 2018, selain untuk mengenal pasti tahap keseriusan laporan tersebut.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Siasatan Khas ini diberikan tempoh selama sebulan, iaitu dari 24 Sept – 23 Okt, untuk melengkapkan siasatan sebelum laporan lengkap dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan pihak berkuasa yang berkenaan.
 
YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 03-88834536 / 017-2635008
Faks: 03-88886187 

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.