ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENJENAMAAN SEMULA APPLIFT MENAWARKAN GABUNGAN PENARIKAN PELANGGAN DAN PENSASARAN SEMULA PERTAMA UNTUK PENGIKLAN MUDAH ALIH

Monday 15/10/2018



Memperkenalkan Mobile Journey Advertising
 
BERLIN dan SAN FRANCISCO dan SEOUL, Korea Selatan dan BANGALORE, India, 15 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Applift, syarikat teknologi iklan mudah alih terkemuka hari ini mengumumkan penjenamaan semula dengan slogan iklan“True Mobile Performance” untuk penyelesaiannya yang terbaharu, Mobile Journey Advertising, yang menumpukan hasil berdasarkan prestasi menerusi kos per tindakan (CPA). Penjenamaan ini merangkumi logo, rekaan laman web dan mesej jenama baharu, selari dengan pendekatan syarikat yang memberikan prestasi tinggi untuk sepanjang interaksi pengguna yang menggabungkan penarikan pengguna dan pensasaran semula untuk memberikan ROAS maksimum kepada pemasar mudah alih.
 
Dengan perubahan ini, Mobile Journey Advertising Applift tidak lagi melakukan kempen menarik pengguna app mudah alih dan kempen pensasaran semula secara berasingan, sebaliknya membenarkan pengiklan membayar untuk pelanggan yang diperolehi dan bukannya pengguna yang tidak berinteraksi atau tidak diaktifkan. Ini merupakan harga berdasarkan prestasi sepenuhnya yang membolehkan pengiklan berhubung dengan pengguna dan menjadikan mereka pelanggan setia dan aktif. Hasilnya, pulangan bagi perbelanjaan iklan akan meningkat dan jenama-jenama boleh membayar berdasarkan hasil sebenar menurut model harga CPA.
 
“Industri iklan mudah alih amat memerlukan model berpusatkan ROI yang menumpukan keseluruhan proses dan menggalakkan pengaktifan pelanggan,” kata CEO Applift, Tim Koschella. “Applift ialah syarikat iklan mudah alih pertama dan satu-satunya yang menawarkan model CPA prestasi sebenar untuk pelanggan baharu dan lama. Kami berbangga menawarkan pembayaran hasil sebenar dalam industri yang masih menggunakan model harga lama.”
 
Mobile Journey Advertising berfokus terhadap mengoptimumkan prestasi untuk sepanjang proses, yang bermula dengan mendekati audiens, mendapatkan pengguna baharu, menjadikan mereka pelanggan dan berinteraksi dengan mereka secara berterusan.
 
Penjenamaan semula Applift merupakan tindak balas terhadap anjakan dalam pengiklanan mudah alih beberapa tahun lepas yang menyebabkan jenama dan pemasar dengan metrik pemasangan yang tinggi mempunyai bilangan pelanggan berkualiti yang rendah dan kurang interaksi.  Untuk melihat tawaran dan rekaan baharu Applift, lawati www.applift.com.
 
Perihal Applift

Applift ialah syarikat teknologi iklan mudah alih terkemuka yang membolehkan syarikat berhubung dan mengaktifkan pelanggan dalam persekitaran yang berfokuskan peranti mudah alih dengan mencipta platform bagi pengiklan mendekati sasaran mereka. Penyelesaian Applift direka untuk mendapatkan hasil di setiap tahap interaksi pelanggan. Menerusi Mobile Journey Advertising Applift, pengiklan app di seluruh dunia dapat berhubung dengan pelanggan sasaran, mendapatkan pengguna baharu dan mengaktifkan serta berinteraksi semula dengan pengguna semasa supaya menjadi pelanggan sebenar.
 
Maklumat Hubungan:
Alexis Roberts
Blast PR untuk Applift
alexisr@blastpr.com
805-886-8511
 
SUMBER: AppLift

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.