ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ONROBOT MELANTIK KETUA PEGAWAI JUALAN YANG BAHARU SHERMINE GOTFREDSEN, HASIL KEPUTUSAN DARIPADA PERTUMBUHAN PESAT DI SELURUH DUNIA

Friday 12/10/2018



ODENSE, Denmark, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OnRobot, sebuah pemimpin dunia di dalam perkakasan akhir robotik, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk Shermine Gotfredsen sebagai Ketua Pegawai Jualan yang baharu. Sebagai bekas Pengurus Besar bagi ASIA TENGGARA & OCEANIA di Universal Robots, Gotfredsen telah menghabiskan masa selama tujuh tahun yang terakhir dalam memberi tumpuan kepada pasaran automasi antarabangsa, sekali gus memberikan beliau pengalaman dan wawasan yang diperlukan untuk memimpin pasukan penjualan OnRobot di seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181012005117/en/

Sepanjang tahun lepas, OnRobot telah meningkatkan bilangan pekerja mereka sebanyak lima kali ganda kepada lebih 100 penambahan baharu. Gotfredsen akan menguruskan inisiatif jualan agresif syarikat itu ketika ia berusaha untuk terus berkembang di peringkat global.

OnRobot menyediakan perkakasan dan perisian yang digunakan dengan robot kolaboratif, atau "cobot", daripada pelbagai pengeluar robot. Pada musim bunga tahun ini, syarikat itu telah bergabung dengan pengeluar penggenggam Perception Robotics dan OptoForce, diikuti oleh pengambilalihan Purple Robotics, satu lagi syarikat perkakasan akhir robotik. Sekarang, pelbagai produk OnRobot mempunyai pelbagai jenis peralatan robot, termasuk: penggenggam elektrik, sensor tekanan/ tork, penggenggam gecko, dan penukar peralatan. Kombinasi baharu bagi penawaran yang komprehensif ini dari OnRobot menjadikannya lebih cepat dan mudah untuk mengautomasikan tugas-tugas seperti pembungkusan, kawalan mutu, pengendalian bahan, operasi mesin, pemasangan, dan kimpalan.

"Shermine menyertai OnRobot pada masa ketika pasaran untuk perkakasan akhir robotik sudah mula berkembang pesat," kata Enrico Krog Iversen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi OnRobot. "Tumpuan adalah untuk beralih daripada robot itu sendiri dan pada semua perkara yang dapat melengkapkan robot agar dapat melakukan pelbagai tugas automasi yang berbeza dalam industri pembuatan. Shermine mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas di dalam bidang ini dan kami berharap kepimpinan beliau dapat mengukuhkan kelebihan kami di peringkat global."

"Sebagai pemimpin di dalam aksesori cobot, ia adalah menarik untuk menjadi sebahagian daripada sebuah syarikat seperti OnRobot yang mempunyai pemahaman penting tentang apa yang diperlukan oleh pelanggan mereka," kata Gotfredsen. "Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan saluran jualan kami, yang dapat mendorong pasukan kami ke tahap seterusnya, untuk mencapai sasaran tinggi bagi OnRobot."

Hari pertama Shermine Gotfredsen di OnRobot adalah pada 1 Oktober dan beliau kini berpindah dengan suami dan dua anaknya ke Denmark, di mana keluarga itu pernah menetap sebelum ini.

Maklumat mengenai OnRobot

OnRobot, yang berpangkalan di Odense, Denmark, menawarkan teknologi -- perkakasan dan perisian – yang digunakan di dalam perkakasan akhir robotik, terutamanya untuk robot kolaboratif (cobot). OnRobot telah diwujudkan pada tahun 2015. Pada tahun 2018 syarikat itu bergabung dengan OptoForce dari Hungary dan Perception Robotics dari Amerika Syarikat, di bawah nama baharu OnRobot. Sebagai tambahan kepada penggabungan itu, OnRobot memperolehi Purple Robotics pada tahun 2018. OnRobot mengintegrasikan penggenggam, sensor dan peralatan cobot yang lain untuk memudahkan penggunaan teknologi itu di dalam aplikasi seperti pembungkusan, ujian kualiti, pengendalian bahan, mesin tending yang merujuk kepada operasi automasi bagi peralatan mesin perindustrian dalam sebuah kilang pembuatan, pemasangan dan kimpalan, dan merancang untuk memperoleh dan mengeluarkan teknologi tambahan dengan sokongan di seluruh dunia. Sebagai tambahan kepada ibu pejabat mereka di Denmark, OnRobot kini mempunyai pejabat jualan yang disatukan di Jerman, China, Amerika Syarikat, Malaysia dan Hungary. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.onrobot.com.

Pautan:
Photo of Shermine Gotfredsen

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181012005117/en/

Hubungi
OnRobot:
Shermine Gotfredsen, +45 21 36 36 80
Ketua Pegawai Jualan
atau
Enrico Krog Iversen:
Liselotte Winther Frellsen, PA, +45 22 78 45 37

Sumber : OnRobot

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.