PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 14, 2018 -Jumaat

 
  UDA ANJUR TAKLIMAT PEMBANGUNAN PROJEK UDA LEGASI DAN RUMAWIP DI KAMPUNG BARU

Friday 12/10/2018



KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi anak syarikat UDA Legasi Sdn Bhd (UDA Legasi) mengadakan satu taklimat berkenaan pembangunan projek UDA Legasi Kampong Bharu dan pembangunan Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di Kampung Baru. Taklimat yang diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi itu bersempena dengan rombongan lawatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, baru-baru ini.
 
Seramai 30 orang wakil dari DBKK serta jabatan dan agensi berkaitan dari Kota Kinabalu menghadiri taklimat yang berlangsung di Galeri Jualan Legasi Kampong Bharu itu. Ia diadakan bertujuan memberi pemahaman dan berkongsi pengetahuan berkenaan pembangunan projek UDA Legasi Kampong Bharu dan RUMAWIP kepada tetamu yang hadir untuk dimanfaatkan bagi pembangunan di Sabah khususnya, Kota Kinabalu.
 
Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan adalah Yang Berbahagia Datuk Yeo Boon Hai, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Manakala UDA diwakili Yang Berbahagia Datuk Nordin Murat, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Perniagaan Dan Projek Khas UDA yang hadir memberi ucapan pembuka majlis. Turut hadir barisan pengurus kanan UDA bagi menyampaikan taklimat.
 
Menurut Datuk Nordin, “Pembangunan Legasi Kampong Bharu ini dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM529 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 ini dapat merubah lanskap pembangunan di Kampung Baru.
 
“Sedang dibina di atas tapak pasar minggu berkeluasan 2.858 ekar daripada keseluruhan kawasan Kampung Baru iaitu 307.34 ekar, Legasi Kampong Bharu adalah projek pemangkin bagi Pembangunan Kampung Baru. Pembangunan bercampur ini merangkumi 639 unit kediaman 43 tingkat di mana 30 peratus daripadanya adalah kediaman mampu milik RUMAWIP merangkumi 206 unit yang bakal dimiliki oleh penduduk Kampung Baru dan kawasan sekitarnya.
 
“Keseluruhan 206 unit kediaman RUMAWIP itu telah habis dijual manakala 433 unit kediaman kategori terbuka masih dibuka untuk jualan dengan harga pasaran bermula dari 950 kaki persegi hingga 1,907 kaki persegi dengan harga jualan bermula dari RM716,200.
 
“Meskipun harga hartanah di kawasan segi tiga emas ini adalah tinggi, namun UDA menawarkan harga RUMAWIP yang kompetitif bernilai RM300,000 iaitu jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju hartanah yang lain di sekitar kawasan berhampiran,” katanya.
 
UDA juga bakal menyediakan 48 unit ruang niaga dan satu blok menara 30 tingkat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, perpustakaan, dewan, taman permainan kanak-kanak, gimnasium, pusat jagaan kanak-kanak serta pelbagai kemudahan yang lain.
 
Bermula dari sebuah perkampungan kecil, kini Kampung Baru dikelilingi dengan kepesatan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur yang turut memberikan percikan rahmat kepada persekitaran kawasan yang terletak di lokasi segi tiga emas Kuala Lumpur.
 
Taklimat berkenaan diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata dan kunjungan ke Galeri Jualan dan Rumah Contoh Legasi Kampong Bharu.
 
MENGENAI UDA HOLDINGS BERHAD
 
UDA Holdings Berhad (UDA) merupakan salah satu organisasi pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang mampan dan terkemuka di negara ini. Aktiviti utama syarikat termasuk pembangunan tanah, pengurusan harta dan fasiliti, kompleks beli-belah serta industri hospitaliti. UDA telah bertapak kukuh dalam membentuk dan memodenkan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan bandar-bandar utama lain di Malaysia sejak tahun 1971.

Untuk maklumat lanjut mengenai UDA, sila layari laman sesawang kami di www.uda.com.my.
 
Sumber: UDA Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Latifah Osman
Tel: +6012 291 5427
Emel: lat@udanet.com

Nama: Nor Hanisah Kamaruzaman
Tel: +6013 597 4264
Emel: n.hanisah@udanet.com

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan

UDA Holdings Berhad
Tel: +603 2730 8500
Faks: +603 2731 2855

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.