ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PKRM MENJADI MATA DAN TELINGA BAGI KERAJAAN DAN SEDIA MEMBANTU HALATUJU YAB PERDANA MENTERI

Thursday 11/10/2018



PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Persatuan Kesejahteran Rakyat Malaysia (PKRM) bersetuju menjadi mata dan telinga yang merupakan medium terbaik untuk membantu kerajaan dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat.
 
Pengerusi PKRM Y.Bhg Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela Datuk Ranjith berkata tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama selaras dengan pelbagai pendekatan yang diambil kerajaan Pakatan Harapan terutamanya dalam berdepan pelbagai cabaran. Beliau berkata PKRM juga telah mewujudkan satu platform dalam usaha membantu Kerajaan melengkapkan sebahagian tugasan khususnya dalam melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan yang dapat membantu rakyat yang memerlukan.
 
Selain itu , jurucakap PKRM berkata mereka juga telah membawa cadangan kepada YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad untuk mengkaji semula kontrak-kontrak dan perjanjian pembelian polisi-polisi insuran yang dapat membolehkan Kerajaan memperolehi penjimatan.
 
Katanya, Kerajaan meletak harapan yang cukup tinggi kepada kumpulan GLC/GLIC/Sektor Korporat  dalam bantu usaha kerajaan melalui pelbagai aspek terutamanya kebajikan yang melibatkan kesejahteraan rakyat serta membolehkan Kerajaan mendapatkan jumlah kewangan yang mencukupi untuk membiayai hutang Negara.
 
“Selain itu, PKRM juga menjemput perhatian semua pihak untuk menjadi mata dan telinga kepada PKRM supaya setiap masalah rakyat terjaga,”katanya.
 
Sementara itu, Datuk Ranjith berkata PKRM melalui syarikat pelaburannya bersedia membantu Kerajaan untuk mendapatkan pulangan kewangan sekaligus menguntungkan . Menurut Naib Pengerusinya Encik Isma Zaimei Ishak berkata semua pentadbiran GLC/GLIC dan agensi berkaitan Kerajaan harus memberikan kerjasama penuh kepada PKRM dalam mencapai objektif Kerajaan dimana kedua-dua pihak dapat memperolehi penjimatan dengan jaminan kemudahan perkhidmatan sedia ada. Proses mengkaji semula program atau polisi insuran samasekali tidak akan menganggu kontrak / perjanjian semasa dengan pihak insuran.
 
“Kita akan mendalami perkara ini  supaya apa yang dilakukan dapat mempercepatkan lagi Kerajaan melangsaikan hutang negara ”katanya.
 
Sumber: Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Puan Nur Shaqhiroh Hussin
Pegawai Perhubungan Awam
Pejabat Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
Tel: +603-2181 4941
Faks: 03-8861 7667
Emel : shaqhiroh@rakyatmalaysia.org.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.