ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PENGAMBILAN GRADUAN DAN PENDIGITALAN MENJADI TUMPUAN UTAMA PERSIDANGAN HRINCAMPUS 2018

Thursday 11/10/2018



SUBANG JAYA, Selangor, 11 Okt (Bernama) -- Cabaran untuk mencari dan mengekalkan graduan dalam pekerjaan serta perubahan di tempat kerja disebabkan oleh pendigitalan menjadi tumpuan utama perbincangan semasa Persidangan HRINCAMPUS, yang diadakan di Sunway University.

Hari pertama persidangan telah menyaksikan para pengamal HR terkemuka berkongsi pengalaman mereka menerusi pembentangan dan perbincangan tentang isu-isu berkaitan pengambilan, pengurusan dan pengekalan graduan dalam pekerjaan.

Topik yang dibincangkan termasuklah “Managing Young Talents - 10 Most Crucial Considerations” oleh Ketua Bakat Muda Maxis, Anisha Sasheendran dan “Reinventing Recruitment with AirAsia” oleh Ketua Pemerolehan Bakat Global Kumpulan AirAsia, Ashish Ashdhir, serta forum bertajuk “Making Degrees Relevant for the Future Workforce”, menampilkan Siti Norliza Mohd. Sahar, Pengarah, Bakat, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Selain itu, beberapa bengkel turut dijalankan oleh para peneraju bidang HR yang terkemuka bagi membolehkan para hadirin seramai lebih 300 orang mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pendigitalan tempat kerja dan beberapa cadangan berguna tentang bekerja dalam persekitaran tenaga kerja berbilang generasi.

‘Matlamat kami adalah untuk memanfaatkan platform kerjasama kukuh yang kami telah wujudkan menerusi persidangan HRINCAMPUS, serta pengalaman dan kepakaran yang pelbagai untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu semasa dan baru muncul yang memberi kesan kepada industri’, menurut Ketua Pegawai Eksekutif HRINCAMPUS Ben Ho.

‘Dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita, kami berharap badan korporat dapat mereka tempat kerja yang lebih fleksibel dan pelbagai serta tahap hierarki yang lebih rendah’, kata Y.Brs. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Sektor Swasta), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam ucapan pembukaan. ‘Kementerian berharap kita dapat meneruskan kerjasama erat dengan para pemegang kepentingan industri untuk mewujudkan tenaga kerja masa depan yang boleh menyokong kemajuan negara yang mampan’.

Hari kedua persidangan turut menyaksikan pelancaran Kelab Pusat Pembangunan Kerjaya Malaysia (CDCC) oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Noor Azizi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Sektor Awam), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sandy Tan, Pengarah Perkhidmatan Kerjaya & Penarafan Global, Taylor’s University Lakeside Campus, dan Presiden Kelab Pusat Pembangunan Kerjaya Malaysia. CDCC terdiri daripada anggota daripada lapan buah Universiti Teknikal Digital Utama dan lima buah Politeknik Teknikal Digital yang Terpilih dari seluruh negara dengan misi untuk berkongsi amalan terbaik dalam kalangan pusat pembangunan kerjaya ke arah mengukuhkan tahap persediaan dan peluang kerjaya para graduan.


SUMBER : Twenty Eight Degrees Sdn Bhd 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ms Iris Ong
Marcom Director of HRINCAMPUS
Tel : 019-7188862
Emel : marketing@hrincampus.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.