PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  HOOVER FERGUSON MENANDATANGANI KONTRAK PEMBEKALAN UNIT MEMBAWA KARGO DENGAN TRANSOCEAN

Thursday 11/10/2018



HOUSTON, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hoover Ferguson, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian kontena, penginapan, ruang kerja dan pembungkusan untuk pasaran tenaga, petrokimia dan industri am hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu kontrak selama tiga tahun berserta opsyen dengan Transocean Ltd, untuk membekalkan Unit Membawa Kargo (CCU) kepada rig armada penggerudian laut dalam kontraktor itu di Laut Utara.
 
"Kami amat berbesar hati untuk menerima pemberian kontrak ini, dan untuk menyokong operasi Laut Utara Transocean dari pangkalan kami merentasi Norway," kata Kjetil Skaaren, Pengurus Kawasan Norway, Hoover Ferguson,. "Armada kami yang terdiri daripada kontena, bakul, bingkai dan tangki di luar pesisir menawarkan satu penyelesaian logistik yang berdaya saing dan berinovatif dan kami berharap untuk terus membina di atas perkongsian kami dengan Transocean."
 
Transocean beroperasi di sepanjang pantai Norway dan akan disokong oleh pangkalan Hoover Ferguson di Mongstad, Florø, Kristiansund, Hammerfest dan Sandnessjøen.
 
Maklumat mengenai Hoover Ferguson

Hoover Ferguson adalah sebuah penyedia perkhidmatan bersepadu bagi tangki kimia, unit membawa kargo, tong mangkin, kontena modular dan produk dan perkhidmatan sewa lain yang berkaitan dengan pasaran tenaga, petrokimia dan industri am global. Dengan memiliki sejarah yang bermula dari tahun 1911, Hoover Ferguson menyediakan kepada pelanggan mereka dengan penyelesaian kontena cecair, kargo, sisa dan kontena khusus yang menyeluruh serta pelbagai perkhidmatan pelengkap termasuk pembersihan, pengubahsuaian, pensijilan semula dan logistik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.hooverferguson.com.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51878610&lang=en

Hubungi

Hoover Ferguson
Lana Belmokadem, +1-832-295-6275
Lana.belmokadem@hooverferguson.com

Sumber : Hoover Ferguson

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.