PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 14, 2018 -Jumaat

 
  TESCO MALAYSIA DAN JAKIM ANJUR PROGRAM HALAL WALKABOUT DAN TREASURE HUNT DI TESCO MERGONG

Monday 08/10/2018



Program mensasarkan guru-guru agama untuk memahami prinsip dan pengetahuan asas Halal dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
 
ALOR SETAR, 8 Okt (Bernama) -- Tesco Malaysia bekerjasama sekali lagi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tahun ketiga bagi penganjuran Program Halal Walkabout dan Treasure Hunt di negeri Kedah selepas penganjuran program yang sama di negeri Kelantan dan Pulau Pinang sejak dua tahun yang lalu.

Disokong oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, seramai 150 orang guru-guru agama dari sekolah rendah dan menengah sekitar negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai program ini. Program ini telah dilancarkan oleh Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hub Halal, JAKIM dan Ahmad Fuad bin Umar, Pengurus Besar Setor, Tesco Mergong pada hari Sabtu yang lalu.

Program Halal Walkabout dan Treasure Hunt ini merupakan sebuah program mesra pengguna dan merupakan platform untuk menyebarkan maklumat mengenai pensijilan Halal Malaysia, memberi pendedahan dan penerangan mengenai isu semasa Halal dan memperkenalkan logo-logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.

Mengulas tentang penganjuran program ini adalah Pengarah Khidmat Korporat, Tesco Malaysia, Azliza Azmel berkata, “Ini adalah program yang amat penting bagi Tesco Malaysia kerana majoriti pelanggan Tesco adalah beragama Islam. Oleh itu, kami komited untuk memastikan bahawa prinsip Halal diterapkan dalam operasi kami bagi memastikan produk dan perkhidmatan kami memenuhi prinsip Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Melalui program ini, kami juga berharap dapat memberi pengetahuan dan pendedahan tentang prinsip Halal kepada para peserta program ini sekali gus kepada para pelanggan kami.”
 
Antara pengisian program Halal Walkabout dan Treasure Hunt ini adalah taklimat oleh Ahmad Khaisyam Ilyasa dari Jabatan Undang-Undang Perniagaan dan Teknikal, Tesco yang berkongsi tentang amalan dan prinsip Halal di Tesco. Melalui sesi Walkabout, pihak JAKIM turut membantu menjadi pemudah cara kepada pemohon pensijilan halal dengan memperkenalkan system MYeHalal untuk permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Para peserta juga didedahkan kepada aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh Bahagian Hab Halal yang menjadi perintis dalam penyebaran maklumat halal yang tepat di media sosial.

Semasa sesi Treasure Hunt, para peserta diberikan beberapa petunjuk untuk mencari produk-produk import dengan logo halal antarabangsa yang diiktiraf JAKIM yang terdapat di dalam pasaraya Tesco Mergong. Program di akhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta pemberian sijil penyertaan kepada semua peserta.

“Tesco mengambil berat tentang isu Halal dan kami berharap melalui program ini, kami dapat memberikan pendedahan kepada para pelanggan tentang prinsip Halal yang dipraktikkan oleh Tesco dan jenis-jenis pensijilan Halal yang terdapat pada pelbagai produk import dan tempatan termasuk barangan jenama Tesco yang dijual di dalam pasaraya kami ini,” tambah Azliza lagi.

Muat turun gambar: https://www.dropbox.com/sh/z87jth8tbs42ros/AACeklRKq12sGzkxslk6jaz7a?dl=0

Tentang Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usahasama di antara Tesco PLC dan Sime Darby Berhad. Tesco PLC adalah salah satu peruncit antarabangsa yang terbesar di dunia dan di mana sahaja Tesco beroperasi, ia memberi tumpuan kepada pelanggan tempatan memberikan apa yang mereka mahu dan mewujudkan nilai disamping mendapatkan kesetiaan mereka. Tesco Malaysia telah memulakan operasinya pada bulan Mei 2002 dengan pembukaan pasar raya besar pertama di Puchong, Selangor. Hari ini, Tesco Malaysia mempunyaikira-kira7,000 pekerja dan beroperasi di lebih 50 buah pasaraya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sumber: Tesco Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Jida Mohamed
Ketua Komunikasi& CSR
Jabatan Khidma tKorporat
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd
Emel: Rohazida.Mohamed@tesco.com

Nama: Siti Haniza Ab Rahman (Niza)
Pengurus Komunikasi,
Jabatan Khidmat Korporat
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd
Emel: SitiHaniza.AbRahman@tesco.com 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.