PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  SHANDONG BAHARU DALAM ERA BAHARU MENYAMBUT KEPULANGAN BAKAT-BAKAT PENDIDIKAN LUAR NEGARA

Friday 28/09/2018



AsiaNet 75452

JI'NAN, China, 27 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada musim luruh keemasan ini, musim bagi menuai, Shandong baharu dalam Era baharu dengan tangan terbuka mengalu-alukan kepulangan pelajar-pelajar China yang berpendidikan di luar negara untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dan membayar balik kepada tanah air mereka. Pada 20 September, Gong Zheng, Gabenor bagi Wilayah Shandong telah menghantar satu jemputan ikhlas kepada bakat-bakat China yang menuntut di luar negara.

Gong Zheng
Gabenor Shandong
20 September, 2018
 
Rakan-rakan yang dihormati yang belajar di luar negara,
 
Ketika kita meraikan Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan Hari Kebangsaan, saya ingin memanjangkan, bagi pihak Kerajaan Wilayah Shandong, salam penuh ikhlas dan ucapan selamat kepada anda.
 
Shandong adalah sebuah wilayah pesisir di timur China. Ia memiliki sebuah lokasi geografi yang strategik ketika China membuka ruangnya dari selatan ke utara, dan berkembang dari timur ke barat dalam cara kecerunan. Shandong adalah sebuah wilayah yang besar dari segi populasi, budaya dan ekonomi. Jumlah penduduk yang mendiami dan penduduk yang berdaftar di Shandong kedua-duanya melebihi 100 juta orang. Terdapat 145 buah universiti dan kolej dengan 2.5 juta pelajar kampus di wilayah itu. Shandong juga mempunyai hampir separuh daripada penyelidik marin peringkat tinggi di negara itu. Sebagai satu daripada tempat bermulanya tamadun China, Shandong dikenali sebagai "bumi bagi Qi dan Lu" dan kampung halaman bagi Confucius dan Mencius. Ia mengagumkan dunia dengan sebuah gunung, sebuah sungai dan seorang pendeta, yang masing-masing merujuk kepada Gunung Tai, Sungai Kuning dan Confucius. Shandong menyumbang hampir 1/10 daripada KDNK, 1/8 daripada pengeluaran perindustrian dan 1/4 daripada eksport pertanian China. Pada tahun 2017, KDNK bagi Shandong mencapai 7.27 trilion yuan; hasil bajet am melebihi 600 bilion yuan; perdagangan asing adalah hampir 1 trilion yuan; jumlah bagi entiti pasaran melebihi 8 juta. Ekonomi bagi wilayah itu bergerak daripada kelebihan saiz dan skala ke arah daya saing dalam kualiti dan prestasi.
 
Shandong dalam era baharu sedang bermula pada satu titik pelepasan baharu dalam mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi. Setiausaha Agung Xi Jinping telah meletakkan harapan yang tinggi mengenai Shandong. Beliau berkata Shandong harus "menjadi sebuah pendahulu dalam usaha untuk membina sebuah masyarakat yang agak makmur dan dalam perjalanan baharu ke arah merealisasikan pemodenan sosialisme, agar dapat membuka dimensi baharu di dalam membina sebuah wilayah yang mantap dan moden dalam era baharu itu. "Shandong dijangka menetapkan satu contoh bagi pemulihan luar bandar, dengan memberi keutamaan yang lebih tinggi kepada industri marin, dan berfungsi sebagai sebuah kuasa untuk keterbukaan. Bertindak atas arahan penting daripada Setiausaha Agung Xi, kami sedang melaksanakan program utama untuk memupuk pemacu baru bagi pertumbuhan dan membina sebuah sistem ekonomi yang moden dengan tumpuan pada pembangunan yang berkualiti tinggi dan pembaharuan struktur dari segi pembekalan. Tugas utama kami adalah untuk menjadikan industri tradisional lebih pintar, memajukan industri yang berintensifkan kecerdasan dan menggalakkan penyatuan merentas sektor dan penjenamaan mewah dengan cara teknologi baharu, industri baharu, bentuk perniagaan yang baharu dan model baharu, dan memupuk kluster perindustrian termaju "5+5" yang moden. Bagi lima industri yang mempunyai potensi yang besar dan kelebihan tersendiri, iaitu industri kimia atasan, pertanian moden, budaya dan kreativiti yang cekap, pelancongan yang berkualiti dan perkhidmatan kewangan moden, akan diubah dan dinaik taraf melalui bantuan data besar, pengkomputeran awan, Internet untuk Segala-galanya, kecerdasan buatan, pembuatan pintar dan aplikasi pintar. Dengan pusingan baru bagi revolusi teknologi perindustrian, lima industri baru muncul, iaitu generasi baru bagi teknologi maklumat, peralatan atasan, tenaga baharu dan bahan baharu, ekonomi marin moden dan penjagaan perubatan dan penjagaan lanjut usia akan diperluaskan secara berskala dan dari segi perkadaran dalam ekonomi. Dipacukan oleh momentum daripada program utama untuk merangsangkan pemacu pertumbuhan baharu, ekonomi Shandong sedang berkembang ke arah tahap yang lebih tinggi yang dicirikan oleh prestasi ekonomi yang lebih baik dengan pembahagian tenaga pekerja yang lebih canggih dan sebuah struktur yang lebih munasabah. Ini telah mendatangkan peluang-peluang yang berharga dan ruang yang mencukupi bagi pelajar-pelajar dan bakat luar negara untuk terlibat di dalam inovasi dan memulakan perniagaan mereka sendiri dan meraih kejayaan yang sejauh mungkin dengan keupayaan dan bakat anda.
 
Bakat memegang kunci kepada kejayaan. Shandong tegas dalam pemikiran bahawa pembangunan adalah keutamaan yang paling unggul, bakat adalah sumber yang paling penting dan inovasi adalah penggerak utama. Kita bekerja tanpa henti untuk memperbaiki dasar-dasar bagi pengambilan, latihan dan penggunaan bakat, dan meningkatkan mekanisme dan institusi yang relevan agar Shandong dapat menjadi sebuah tempat yang subur untuk bakat-bakat. Pameran Pertukaran Bakat Atasan Domestik dan Luar Negara Shandong China telah diadakan selama 9 musim berturut-turut. Sebagai sebuah platform yang menghubungkan Shandong dengan kalangan profesional yang berkaliber tinggi dari dalam dan luar negara dan projek-projek, ia menawarkan satu peluang penting bagi bakat-bakat di seluruh dunia untuk mengenali Shandong, datang ke Shandong dan mengambil bahagian di dalam pembangunan Shandong. Untuk menarik lebih ramai cendekiawan yang berpendidikan luar negara ke Shandong, pameran ke-10 itu dijadualkan pada 29 hingga 31 Oktober di Weihai, Shandong. Dengan bertemakan "Mengumpulkan bakat global, menggalakkan pembangunan berkualiti", pameran itu dijangka menjadi lebih pelbagai, khusus dan acara antarabangsa yang disasarkan dengan baik yang merangkumi faktor termasuk bakat, idea, projek, teknologi dan modal kewangan.
 
Pada masa ini, kami sedang melaksanakan pembaharuan untuk menyediakan perkhidmatan sehenti kepada orang awam. Kami sedang berusaha keras untuk memastikan persekitaran perniagaan kelas pertama yang memudahkan prosedur bagi kelulusan pentadbiran, menyediakan  perkhidmatan berkualiti yang sangat efisien, dan memberikan rasa keuntungan kepada rakyat. Kami berikrar untuk melakukan yang terbaik bagi menyediakan bakat-bakat dengan perkhidmatan yang mempunyai ciri tersendiri. Kami menanti dengan penuh minat bakat-bakat dari seluruh pelusuk dunia untuk datang ke Shandong, sebuah tempat di mana anda boleh mencapai potensi sebenar anda dan membuat pencapaian yang luar biasa. Marilah kita bekerjasama untuk mewujudkan suatu masa depan yang lebih cerah.
 
Saya berharap rakan-rakan kita yang belajar di luar negara akan terus maju dan berjaya.
 
Yang Ikhlas,
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjuran bagi Pameran Pertukaran Bakat Atasan Domestik dan Luar Negara Shandong China ke-10

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.