PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 22, 2018 -Isnin

 
  FESTIVAL KEBUDAYAAN CONFUCIUS ANTARABANGSA (QUFU) CHINA 2018 & FORUM NISHAN KELIMA MENGENAI TAMADUN DUNIA DIBUKA DI QUFU, CHINA

Friday 28/09/2018



AsiaNet 75451 
 
QUFU, China, 28 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada pagi 26 September, Festival Kebudayaan Confucius Antarabangsa (Qufu) China 2018 & Forum Nishan Kelima mengenai Tamadun Dunia telah dibuka di Qufu, kampung kelahiran  bagi Confucius, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Wilayah Shandong.

Tahun ini, temanya adalah "Masa Depan yang Dikongsi, Pergabungan Budaya: Pergabungan Tamadun dan sebuah Komuniti yang Berkongsi Masa Depan untuk Manusia Sejagat". Diadakan selaras dengan tema utama itu adalah tiga tema kecil: "Inisiatif Belt and Road dan Penerokaan Laluan ke arah sebuah Komuniti yang Berkongsi Masa Depan untuk Manusia Sejagat”, “Tanggungjawab dan Kewajipan: Mendakap Era Baharu bagi Ketamadunan Manusia", dan "Perlindungan Warisan Kebudayaan dan sebuah Komuniti yang Berkongsi Masa Depan untuk Manusia Sejagat".

Lebih 240 orang pakar dan cendekiawan dari pelbagai negara dan wilayah telah berkumpul pada forum ini dan menyampaikan pandangan mereka kepada seluruh dunia.

Sebagai sebuah forum antarabangsa yang terkenal, Forum Nishan bagi Tamadun Dunia bertujuan untuk menjemput tamadun yang berlainan ke China dan menggalakkan dialog di antara ketamadunan itu dan peradaban rakyat China.

Sejak penubuhan forum itu, ia telah berjaya diadakan sebanyak empat kali. Sebilangan besar cendekiawan terkenal dari dalam negeri dan dari luar negara telah berkumpul di Shandong dan mengadakan dialog di antara peradaban Confucius, Kristian, Yahudi, India, dan Bahai dan mencapai hasil yang memuaskan. Forum itu telah menonjolkan pemikiran dan idea Konfusianisme, seperti menganjurkan kebaikan, melihat nilai-nilai yang berorientasi manusia, mengamalkan kepercayaan yang baik dan amanah, menghormati keadilan, mengutamakan keharmonian dan kerjasama, dan mengejar kebaikan sejagat. Ia telah menjadi sebuah platform yang penting bagi budaya orang Cina untuk menembusi peringkat global.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Wilayah Shandong
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320598
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320599
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320600
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320601
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.