ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​HARD ROCK CAFE AKAN DIBUKA DI DXB, MENAWARKAN MUZIK, MAKANAN DAN PAKAIAN

Thursday 20/09/2018



  • Dijadualkan untuk dibuka pada November 2018
  • Konsep makanan dan pakaian terbaharu akan diperkenalkan di Lapangan Terbang Dubai
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dubai Airports telah memuktamadkan perjanjian dengan Hard Rock International dan rakan kongsi serantaunya untuk melancarkan Hard Rock Cafe pertama Dubai, yang akan dibuka pada awal bulan November di Concourse B, DXB. Lokasi baharu tersebut akan menampilkan restoran berlesen, makanan, hiburan langsung, memorabilia muzik rock dan Rock Shop dengan barangan yang terkenal.

Hard Rock International ialah salah satu jenama terkemuka dunia yang popular dengan fesyen dan barangan berkaitan muzik, pengalaman restoran yang menarik dan persembahan muzik langsung yang melengkapi program #musicDXB Dubai Airports.

Pembukaan kafe ini adalah yang terbaru dalam usaha mengetengahkan konsep makanan dan gaya hidup menarik di lapangan terbang paling sibuk di dunia itu. Dubai Airports bertujuan untuk meraikan pengunjung dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi transformasi lapangan terbang kepada destinasi tarikan.

Eugene Barry, Naib Presiden Eksekutif Komersial Dubai Airports berkata: “Kami teruja untuk menambah Hard Rock Cafe ke senarai tarikan DXB. Ia sangat sesuai untuk lapangan terbang yang sudah terkenal dengan kedai makanan, minuman, dan muzik. Hard Rock Cafe ialah standard yang tinggi berkenaan gandingan makanan dan muzik serta merupakan komponen utama strategi kami bagi mencipta lapangan terbang yang tiada bandingan.”

“Hard Rock telah lama meninjau peluang untuk membuka lokasi kedua di Dubai selepas bertahun-tahun beroperasi dengan jayanya di bandar ikonik ini,” kata Anibal Fernandez Lorden, Naib Presiden, Jabatan dan Operasi Francais, Hard Rock International. “Ini merupakan lokasi terbaik untuk memberi pengunjung peluang untuk menikmati jenama makanan dan hiburan terkemuka dunia.”.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Hard Rock telah komited terhadap usaha dan aktiviti amal di seluruh dunia. Hard Rock Cafe baharu ini akan meneruskan usaha murni tersebut dalam perniagaannya.  Di setiap bandar Hard Rock, kakitangannya menyumbang dalam bentuk dana, makanan dan minuman, barangan dan perkhidmatan.

Hard Rock Cafe akan dibuka di Pintu B Terminal 3, yang akan menambah lagi tawaran hiburan dan santai di DXB yang terdiri daripada 100 pilihan makanan yang memenuhi segenap citarasa dan belanjawan pengunjung.

Perihal Dubai Airports
  • Dubai Airports mengendalikan operasi dan pembangunan kedua-dua lapangan terbang Dubai iaitu DXB dan DWC.
  • Dubai Airports berusaha untuk menyeimbangkan kemahuan semua pemegang saham bagi mengekalkan pertumbuhan penerbangan, melindungi operasi dan memastikan penyedia perkhidmatan bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan pengalaman yang menyenangkan kepada pelanggan di samping menjalankan perniagaan yang mampan.
  • DXB ialah lapangan terbang pertama di dunia dari segi jumlah trafik penumpang antarabangsa dan yang ketiga di dunia dari segi jumlah trafik penumpang mengikut laporan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa.
  • DXB ialah yang kedua di dunia dari segi jumlah trafik kargo.
  • DWC di tempat ke-20 di dunia untuk jumlah trafik kargo antarabangsa.
  • Untuk imej resolusi tinggi lapangan terbang, sila lawati pustaka imej kami 
Perihal Hard Rock International
Dengan lokasi di 74 buah negara, termasuk 185 kafe, 25 hotel dan 12 kasino, Hard Rock International (HRI) ialah salah sebuah syarikat yang paling dikenali global. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia muzik terbesar yang dipamerkan di lokasinya di seluruh dunia. Hard Rock juga terkenal dengan fesyen dan barangan muzik, tempat persembahan Hard Rock Live dan tapak web yang telah memenangi anugerah. HRI memiliki tanda dagangan untuk semua jenama Hard Rock. Syarikat tersebut memiliki, mengendalikan dan menguruskan francais kafe di bandar-bandar terkemuka seperti London, New York, San Francisco, Sydney dan Dubai. HRI juga memiliki, melesenkan dan/atau menguruskan hotel/kasino di seluruh dunia. Antara destinasi popular ialah dua Hotel dan Kasino terkemuka di Tampa dan Hollywood FL, kedua-duanya dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat induk HRI The Seminole Tribe, Florida serta banyak lagi lokasi menarik seperti Bandar Atlantic, Bali, Cancun, Pantai Daytona, Ibiza, Las Vegas, dan San Diego. Lokasi Hard Rock Cafe akan datang termasuklah Maldives, Manila, Malaga, Georgetown, Fortaleza, Casablanca dan Jinan di China. Manakala projek Hotel Hard Rock baharu, Kasino atau Hotel & Kasino pula termasuklah Atlanta, Berlin, Budapest, Pantai Desaru, Dublin, London, Los Cabos, Maldives, bandar raya New York, Ottawa, Dalian dan Haikou di China. Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International, sila lawati www.hardrock.com.

Hubungan:
Hannah Burden Hamer
Dubai Airports
corporate.communications@dubaiairports.ae 
+97145044394

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/672af5c8-a8db-4150-b306-984484cd54c2

Sumber : Dubai Airports

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.