ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  WESTERN UNION MENGUMUMKAN BANTUAN BERIKUTAN TAUFAN MANGKHUT

Thursday 20/09/2018



DENVER, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk menyokong komuniti yang paling terjejas oleh Taufan Mangkhut di Filipina, Western Union, sebuah pemimpin di dalam pergerakan wang rentas sempadan, rentas mata wang, hari ini mengumumkan satu tindak balas pelbagai aspek dalam memberikan bantuan. Secara keseluruhan, sumbangan dari Western Union, Yayasan Western Union, Ejen-ejen dan pekerja melalui usaha komprehensif ini boleh mencapai USD $275,000.

"Banjir dan tanah runtuh dari taufan itu telah menyebabkan kerosakan yang signifikan dan kehilangan nyawa," kata Naib Presiden dan Ketua bagi Yayasan Western Union, Elizabeth Roscoe. "Sebagai sebuah organisasi, kami komited untuk menyokong bantuan segera dan pembangunan semula yang mampan bagi masyarakat yang menghadapi krisis. Sepanjang minggu-minggu yang akan datang, kami akan bekerjasama dengan Ejen-ejen Western Union, pekerja dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah untuk membantu memulihkan komuniti."

Western Union telah berjanji menyumbangkan USD $50,000 dan Yayasan Western Union Foundation telah menjanjikan USD $30,000 kepada Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Yayasan Western Union juga akan memberikan padanan 1:1 bagi sumbangan kelayakan dari Ejen-ejen Western Union yang mengambil bahagian, sehingga USD $75,000 dan padanan 2:1 dari sumbangan yang dilakukan oleh pekerja Western Union sehingga USD $15,000. Sehingga kini, Ejen-ejen yang mengambil bahagian di dalam padanan Ejen 1:1 termasuk: Universal Storefront Services Corp.Perahub, eBusiness Services Inc., dan Direct Agent 5 Inc.

Western Union mempunyai sejarah yang panjang sebagai satu daripada penyalur bantuan bagi masyarakat yang memerlukan. Dalam banyak keadaan, Western Union merupakan satu daripada beberapa cara bagi orang ramai di seluruh dunia untuk menerima dana dengan mudah, dengan perkhidmatan yang disediakan† apabila infrastruktur lain telah terjejas teruk.

Western Union dan Yayasan Western Union berada di barisan hadapan dalam usaha bantuan bencana alam yang besar, termasuk Taufan Maria di Puerto Rico, Taufan Harvey di Texas dan Taufan Florence di Carolinas. Sejak tahun 2001, Yayasan Western Union telah menyumbangkan lebih daripada USD $17 juta untuk bantuan bencana, bagi membantu 180 bencana di 80 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun lepas, Yayasan Western Union memberi tindak balas kepada 13 bencana di seluruh dunia.

† Disebabkan oleh keterukan Taufan Mangkhut, beberapa lokasi Ejen Western Union tidak dapat beroperasi dengan segera atau mempunyai dana yang mencukupi.

Maklumat mengenai Western Union

Syarikat Western Union (NYSE: WU) adalah sebuah pemimpin global di dalam pergerakan wang rentas sempadan, rentas mata wang. Platform saluran semua arah kami menghubungkan dunia digital dan fizikal dan memungkinkan bagi pengguna dan perniagaan untuk menghantar dan menerima wang dan membuat pembayaran dengan pantas, mudah, dan boleh dipercayai. Sehingga 30 Jun, 2018, rangkaian kami termasuk lebih daripada 550,000 lokasi ejen runcit yang menawarkan perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo atau Orlandi Valuta di lebih 200 buah negara dan wilayah, dengan keupayaan untuk menghantar wang kepada berbilion akaun. Di samping itu, westernunion.com, saluran kami yang paling pesat berkembang pada tahun 2017, boleh diperolehi di 45 buah negara dan wilayah bagi menggerakkan wang ke seluruh dunia. Pada tahun 2017, kami telah menggerakkan lebih $300 bilion secara prinsipal dalam hampir 130 mata wang dan memproses 32 urus niaga pada setiap saat di semua perkhidmatan kami. Dengan jangkauan global kami, Western Union menggerakkan wang dengan lebih baik, menghubungkan ahli keluarga, rakan dan perniagaan bagi membolehkan kemasukan kewangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.westernunion.com.

Maklumat mengenai Yayasan Western Union

Yayasan Western Union percaya bahawa pendidikan adalah satu daripada laluan paling pasti kepada peluang ekonomi. Menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan di seluruh dunia, Yayasan itu telah memulakan satu misi lima tahun untuk menghubungkan 50,000 pendatang, pelarian, wanita dan golongan muda kepada ekonomi global menerusi program membolehkan latihan kemahiran dan tenaga kerja yang didorong oleh permintaan pada tahun 2020. Yayasan itu juga menawarkan sebuah program biasiswa global yang membantu meletakkan pendidikan pasca menengah agar dapat dicapai oleh pelajar yang memerlukan yang belajar di dalam bidang STEM dan perniagaan. Sehingga kini, lebih $117 juta telah disalurkan untuk membiayai projek-projek yang menjejaskan lebih 800,000 orang di 137 buah negara merentasi seluruh dunia, termasuk bantuan kemanusiaan untuk komuniti yang menghadapi krisis. Yayasan Western Union adalah sebuah korporat amal yang berasingan yang terkecuali daripada cukai di bawah 501(c)(3) Kod Pendapatan Dalaman Amerika Syarikat, dan menerima sokongan daripada Syarikat Western Union, pekerja, ejen dan rakan perniagaan mereka. Sumbangan kepada Yayasan itu boleh ditolak cukai untuk tujuan cukai pendapatan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.westernunionfoundation.org atau ikuti kami di Twitter @TheWUFoundation.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180919005100/en/

Hubungi
Western Union
Rachel Rogala, +1-303-808-2674
Rachel.Rogala@wu.com

Sumber : Western Union

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.