ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SHARJAH MENGUMUMKAN PUSAT KHIDMAT PELABUR BERSEPADU SEPENUHNYA YANG PERTAMA

Thursday 20/09/2018



Pusat baharu itu akan menjadi sebuah pusat akses yang utama bagi pelabur global dan penting untuk meningkatkan perkhidmatan pelabur di amiriah

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam usaha untuk menyokong bakal-bakal pelabur asing mengembangkan cita-cita pertumbuhan antarabangsa mereka di Emiriah Arab Bersatu, amiriah ketiga mereka yang terbesar, Sharjah, telah mengumumkan pelancaran satu inisiatif kemudahan perniagaan yang mantap secara digital, Pusat Khidmat Pelabur.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180919005444/en/

Pihak berkuasa pelaburan dan pembangunan amiriah itu, Shurooq, telah bekerjasama dengan Injazat Services, untuk membangunkan kemudahan serba canggih ini bagi menawarkan satu senarai lengkap perkhidmatan perundingan perniagaan bersepadu sepenuhnya, yang akan memberi manfaat terutamanya kepada syarikat baharu di UAE.

Pejabat itu akan menjadi sebuah pusat akses utama bagi pemilik dan pelabur perniagaan global di Sharjah, dan mendapat perkhidmatan daripada kakitangan yang sangat terlatih, akan memainkan satu peranan penting di dalam memudahkan pelaburan peringkat pertengahan dan tinggi merentasi pelbagai sektor di amiriah itu.

Melalui pusat khidmat ini, pelabur akan berhubung secara terus dengan entiti pengawalseliaan amiriah itu, dan akan dapat mengakses semua jabatan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen komersial dan menjalankan urusan rasmi lain yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah perniagaan di Sharjah, yang membolehkan ketelusan, kualiti dan kecekapan.

Pegawai-pegawai Shurooq telah berkata bahawa objektif di sebalik penubuhan pusat khidmat ini adalah untuk menambahkan daya tarikan perniagaan bagi Sharjah dengan membenarkan pelabur memanfaatkan kuasa pusat data dan maklumat yang canggih itu tanpa perlu mereka membinakannya sendiri.

Ekonomi Sharjah telah mempelbagaikan dengan pesat melalui pertumbuhan yang tinggi dialami oleh sektor bukan minyak seperti pelancongan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan logistik, pembuatan ringan, penerbitan dan lain-lain. Pelaburan langsung asing ke dalam ekonomi amiriah itu meningkat kepada $1.63 bilion pada tahun lepas.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180919005444/en/

Hubungi
SHUROOQ
Mousa Nimer
M +971 50 222 0561
m.nimer@nncpr.com

Sumber : Shurooq

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.