ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ​AHLI MEDIA SOSIAL BERPENGARUH MALAYSIA TURUN PADANG MEMBERSIHKAN SUNGAI GOMBAK

Thursday 20/09/2018



KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seramai 18 orang ahli media sosial berpengaruh menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Sungai Sedunia (World Rivers Day) sebagai sukarelawan pada Hari Pembersihan Perangkap Sampah Sungai di bawah program River of Life (ROL).

Aktiviti pembersihan tersebut telah diadakan di sebuah kawasan spesifik sepanjang Sungai Gombak, di mana aktiviti utama adalah untuk mendidik dan berkongsi pengetahuan dengan para ahli media sosial mengenai keadaan sungai-sungai di kawasan bandar seperti Sungai Klang dan Sungai Gombak. Selain daripada mengumpul sampah organik, sisa pepejal dan serpihan sampah yang terapung di perangkap sampah sungai, mereka juga dikehendaki menguruskan sampah yang terkumpul melalui proses pengasingan sampah untuk memahami komposisi jenis sisa yang sering dibuang ke dalam sungai.

“Kita sering berjalan lalu sungai, namun tidak mengambil pandang sesekalipun kerana sungai pada hari ini telah banyak berubah. Sungai yang dahulunya bersih dan jernih, kini tercemar dengan teruk, dan perkara ini selalunya disebabkan oleh manusia. Kami berharap aktiviti ini akan menggalakkan ahli media sosial berpengaruh yang terlibat untuk berkongsi pengalaman ini melalui blog dan cerita serta meningkatkan tahap kesedaran tentang penjagaan sungai yang lebih baik di negara ini,” ujar Yasmin Rasyid, presiden EcoKnights, sebuah pertubuhan alam sekitar bukan berasaskan keuntungan yang merupakan penganjur aktiviti ini.

Selain EcoKnights, aktiviti ini melibatkan penyertaan dan penganjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam aktiviti pengasingan sampah dan pembersihan perangkap sampah sungai ini, para ahli media sosial berpengaruh telah berjaya mengumpul hampir 87.8 kg sampah dari sungai, di mana 65% sampah ialah sisa organik, manakala yang lain (30.9 kg) terdiri daripada plastik, polistrin, kertas, tekstil dan gelas. Proses mengutip and mengasingkan sampah tersebut mengambil masa selama 40 minit. .

Untuk maklumat dan gambar yang berkaitan: http://bit.ly/ROL_PR_medialogboom

Sumber: EcoKnights

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Emirul Redzuan / Fadly Bakhtiar
Tel : 017-3045254 / 017-2279270
Emel : emirul@ecoknights.org.my / fadly@ecoknights.org.my
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.