PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 14, 2018 -Jumaat

 
  PESERTA DALAM PERLUMBAAN 95KM PADA HARI PERTAMA PERTANDINGAN USAHA PENCARIAN GUNUNG WULONG

Wednesday 19/09/2018

AsiaNet 75282

CHONGQING, China, 19 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Usaha Pencarian Gunung Antarabangsa China 2018 dan Siri Sukan Luar Gunung China 2018 (Chongqing, Wulong) terus menyaksikan pertandingan yang mendebarkan pada Selasa, dengan 29 pasukan dari dalam negeri dan dari luar negara bersaing dalam usaha pencarian sepanjang 95 kilometer termasuk penurunan jambatan, berkayak, berbasikal bukit dan berlari merentas desa di Wulong, Chongqing, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Wulong bagi Perbandaran Chongqing.
 
Peserta perlu turun 200 meter dari jambatan ke Sungai Wujiang, dan kemudian meneruskan persaingan dengan berkayak sejauh 25 kilometer merentasi sungai. Selepas mendarat, peserta menunggang basikal bukit dan mengembara melalui Gunung Baima yang serba indah yang namanya berasal daripada sebuah kisah cinta yang mengagumkan. Peserta menamatkan usaha pencarian mereka dengan berlari merentas desa sejauh 10 kilometer selepas mengayuh basikal sejauh lebih 60 kilometer di Hutan Gunung Baima.
 
SUMBER: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Daerah Wulong bagi Perbandaran Chongqing 
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=319772
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=319773
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=319774

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.