ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  ​SYARIKAT BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMBAHKAN BARISAN PRODUK & PEMIMPIN PERKHIDMATAN PENTING DI DUBAI

Tuesday 18/09/2018



BOSTON, 18 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluaskan lagi pasukan kepimpinan mereka di Dubai dengan pelantikan beberapa eksekutif untuk mengisi jawatan penting di dalam barisan produk dan perkhidmatan.
 
"Membina di atas asas keupayaan penyelenggaraan yang kukuh dan pengetahuan dan kepakaran tempatan adalah penting kepada rancangan jangka panjang BHSI di Timur Tengah," kata Marc Breuil, Presiden, BHSI, Asia Timur Tengah. "Sejak DIFC BHSI memulakan operasi pada Februari, kami telah menubuhkan sebuah pasukan yang kuat dan dinamik untuk membawa kekuatan kewangan dan modal DIFC BHSI yang tidak dapat ditandingi ke Timur Tengah."
 
"Rakan sepasukan kami yang baharu di Dubai merangkumi keupayaan yang cemerlang dan perwatakan yang kuat yang begitu dihargai oleh BHSI dan oleh pelanggan kami," kata Alessandro Cerase, Pegawai Eksekutif Kanan, BHSI Timur Tengah. "Mereka akan mengetuai usaha kami untuk membawa tumpuan jangka panjang BHSI, pengunderaitan pelbagai peringkat dan kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Timur Tengah. Kami gembira untuk mengalu-alukan mereka ke dalam syarikat ini.”
 
Pelantikan BHSI termasuk:
  • Aisling Malone, Ketua bagi Barisan Eksekutif & Profesional. Aisling sebelum ini merupakan Ketua bagi Liabiliti Profesional Siber ​​MENA dan Penaja Jamin Kanan di AIG MEA Limited. Aisling disertai oleh Joe Saab, Penaja Jamin Kanan.
  • Emir Erdur, Ketua bagi Kecederaan. Beliau sebelum ini merupakan Pemimpin Kecederaan dan Penaja Jamin Serantau bagi Kecederaan untuk rantau MEA di QBE Insurance (Eropah) Limited. Emir disertai oleh Mohammed Hannoun, Pengurus Kanan Pengunderaitan.
  • Carlos Beltran, Ketua bagi Hartanah Komersial. Carlos sebelum ini merupakan Naib Presiden Serantau, Pengunderaitan P&C di Chubb Amerika Latin.
  • Meenakshi Srinath, Ketua bagi Marin. Sebelum menyertai BHSI, Meenakshi adalah Ketua bagi Marin (Teluk dan Arab Saudi) di AXA Insurance Gulf.
  • Kapil Palathinkal adalah Ketua bagi Tenaga dan Pembinaan. Jawatan Kapil sebelum ini adalah Pengurus bagi Tenaga dan Tereka Bentuk Risiko untuk Hab Arab di AIG. Kapil disertai oleh Anuradha Sekar, Penaja Jamin Kanan.
  • Pruthviraj More, Jurutera Risiko Kanan. Pruthviraj menyertai BHSI dari Allianz Global Corporate Specialty di mana beliau adalah seorang Jurutera Kawalan Kerugian Hartanah.
  • John Lewis, Ketua bagi Tuntutan. John sebelum ini merupakan Ketua bagi Tuntutan di Zurich Insurance DIFC Dubai.
 
Pada awal tahun ini BHSI mengumumkan pelantikan Alessandro Cerase sebagai Pegawai Eksekutif Kanan (SEO) dan Neeraj Yadvendu sebagai timbalan SEO dan Ketua bagi Barisan Pihak Ketiga untuk Timur Tengah, kedua-dua mereka berpusat di Dubai. Alessandro juga mengetuai Barisan Pihak Pertama untuk wilayah Asia Timur Timur BHSI yang lebih luas, yang termasuk hab serantau BHSI yang lain di Hong Kong dan Singapura serta operasi BHSI di Malaysia dan Macau.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Alessandro.cerase@bhspecialty.com.
 
Berkshire Hathaway Specialty Insurance (www.bhspecialty.com) menyediakan insurans hartanah komersil, kecederaan, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, talian eksekutif dan profesional, jaminan, perjalanan, program, kehilangan terhenti perubatan, dan pemilik rumah. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua talian produk mungkin berbeza-beza. Di rantau Asia Timur Tengah, ia menaja jamin di atas kertas Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memiliki penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Asheville, Boston, Chicago, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Auckland, Brisbane, Dubai, Dublin, Düsseldorf, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Macau, Melbourne, Munich, Perth, Singapura, Sydney dan Toronto.

Dikawal oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@bhspecialty.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180917005845/en/
 
Hubungi

Berkshire Hathaway Specialty Insurance
JoAnn Lee, +1 617-936-2937
 
Sumber : Berkshire Hathaway Specialty Insurance
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.