ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MEWUJUDKAN KUASA TERAS DI DALAM INDUSTRI TENUSU CHINA MELALUI INOVASI DAN MENAIK TARAF RANGKAIAN KEBIJAKSANAAN GLOBAL YILI

Friday 14/09/2018



AsiaNet 75161 

WAGENINGEN, 14 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Pertembungan intelektual yang tercetus di antara China dan Belanda telah disaksikan oleh Wageningen di Belanda, yang dipanggil "Kota bagi Kehidupan Sains". Pada 12 September, aktiviti penambahbaikan bagi Pusat Inovasi Eropah Yili dengan bertemakan "Membolehkan Penyambungan Secara Global melalui Inovasi" dan majlis perasmian bagi Makmal Koperatif Universiti Yili Wageningen telah diadakan secara meriah di sini.

Fresco, Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Wageningen, Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Yili, dan wakil-wakil yang berkaitan dari Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Belanda, Majlis Perindustrian dan Perdagangan China di Kerajaan Belanda dan Dewan Perniagaan Antarabangsa China, beberapa orang pakar dari China dan Belanda di dalam sektor ekonomi dan saintifik dan teknologi, dan rakan-rakan antarabangsa bagi Kumpulan Yili dan lebih daripada 200 orang tetamu menghadiri acara ini.

Pada tahun 2014, Yili, bersama-sama dengan Universiti Wageningen di Belanda, secara bersama menubuhkan "Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Eropah", yang merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan luar negara dengan spesifikasi paling tinggi di China. Dalam upacara menaik taraf itu, Zhang Jianqiu mengumumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Eropah Yili secara rasminya dinaiktaraf kepada Pusat Inovasi Eropah, yang mana selanjutnya menunjukkan usaha berterusan Yili di dalam inovasi.

Untuk ini, Zhang Yi, timbalan ketua setiausaha bagi Dewan Perniagaan Antarabangsa China telah menghadiri acara ini dan menyatakan bahawa dari penubuhan kepada menaik taraf Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Eropah Yili, ia telah meliputi pelbagai bidang, telah membina jambatan di antara negara dan benua, dan telah menggabungkan budaya yang berbeza, yang boleh digunakan bukan sahaja untuk memenuhi permintaan teknologi bagi perusahaan, tetapi juga secara langsung memindahkan inovasi bagi penyelidikan institut. Ia boleh dianggap sebagai satu contoh yang sangat baik bagi kerjasama bukan kerajaan di antara China dan negara-negara asing, menetapkan satu penanda aras baharu untuk pembangunan bagi perusahaan di bawah keadaan penyatuan ekonomi dunia di masa akan datang.

Fresco menyatakan pendapat beliau di dalam ucapan beliau: "Universiti Wageningen adalah satu daripada universiti pertanian yang terbaik di dunia dan Yili adalah syarikat tenusu terbesar di Asia. Kerjasama di antara Universiti Wageningen dan Yili bukan sahaja memberi manfaat kepada pasaran China, tetapi yang lebih penting lagi, untuk pasaran dunia. Namun, berjuta-juta orang menghadapi kemiskinan dan kekurangan zat makanan. Ini mendorong kita untuk mempertimbangkan ekosistem, tanah, sumber protein yang baik dan banyak lagi bidang lain. Kita mempunyai satu pepatah yang mengatakan bahawa memakan sebiji epal setiap hari akan mengelakkan kita daripada berjumpa doktor, tetapi saya fikir meminum segelas susu setiap hari juga boleh menghindarkan kita daripada berjumpa doktor. Saya berharap Yili dan Universiti Wageningen boleh bekerjasama untuk menyediakan beberapa produk yang berkhasiat dan membawa kesan positif kepada seluruh masyarakat."

Sejak ditubuhkan, usaha yang bersungguh-sungguh telah dilakukan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Eropah Yili di dalam bidang "sistem amaran awal bagi keselamatan makanan" dan "pangkalan data susu ibu" dan lain-lain, seperti untuk mempelajari dan menubuhkan satu sistem amaran awal  bagi keselamatan makanan, menaik taraf pangkalan data penyelidikan susu ibu pertama di China, dan terus berusaha menggalakkan pembangunan Yili dan industri tenusu di China.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, inovasi telah dianggap oleh Yili sebagai kuasa "teras" untuk pembangunan bagi perusahaan; cara inovasi yang berbeza telah diwujudkan untuk industri utama, sekunder dan tertier di dalam rantaian industri; pelbagai institusi inovasi telah diwujudkan di dalam negeri dan di luar negara bagi struktur organisasi, agar dapat menyelaraskan kebijaksanaan global dan merancang untuk masa hadapan. Dalam "Senarai 20 Perusahaan Utama Dunia di dalam Industri Tenusu Global" yang dikeluarkan oleh RABOBANK, Yili telah disenaraikan di antara 10 utama di dalam industri tenusu global dan telah disenaraikan di tempat pertama di Asia untuk bertahun-tahun lamanya.

Zhang Jianqiu selanjutnya menyatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pemecutan yang berterusan bagi kepelbagaian permintaan pengguna dan penyatuan industri tenusu global, inovasi telah menjadi "faktor pemenang" di dalam menentukan masa hadapan bagi sesebuah perusahaan. Dalam konteks ini, Yili meletakkan ke hadapan konsep pembangunan bagi "mengeramkan masa depan dengan inovasi dan menghubungkan dunia melalui kebijaksanaan", dan secara berterusan menggalakkan inovasi dan pembangunan bagi industri tenusu yang berpusatkan kepada "pemerkasaan" dan "penyatuan". Pada masa akan datang, Kumpulan Yili akan terus menggalakkan inovasi dan membolehkan inovasi menjadi "peneraju" untuk pembangunan Yili dan juga industri tenusu di China.

Pada hari yang sama, "Mesyuarat Pertama bagi Majlis Perniagaan China-Belanda" telah diadakan secara bersama oleh Dewan Perdagangan Antarabangsa China dan Kumpulan Yili, di mana peserta secara bersama dan menerokai secara mendalam kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara China dan Belanda dalam keadaan semasa.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=319260
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=319287
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.