ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PROGRAM 'BERSAMA LHDNM SAYANGI MALAYSIAKU'

Thursday 13/09/2018



KUANTAN, 13 Sept (Bernama) -- Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuantan telah menganjurkan program ‘Bersama LHDNM Sayangi Malaysiaku’ yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Penor, Kuantan, Pahang. Program ini melibatkan seramai 40 orang pegawai LHDNM dan 278 orang pelajar serta guru di sekolah berkenaan.
 
Selain daripada bertujuan untuk menyemarakkan semangat jati diri dan penghayatan erti kemerdekaan Malaysia, program ini juga merupakan salah satu daripada usaha berterusan LHDNM dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporatnya. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, Kuiz Kemerdekaan dan pelbagai acara permainan yang ternyata menghiburkan dan sarat dengan mesej penghayatan kemerdekaan kepada para peserta.
 
Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang, dan turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Penor, Encik Baharom bin Bujang, dan juga wakil daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan.
 
Menurut Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang dalam ucapannya, program sebegini diharapkan turut dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara LHDNM sebagai agensi pemungut hasil negara dengan masyarakat setempat. Beliau turut memberikan saranan agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan agar masyarakat sedar betapa perlunya kemerdekaan dipertahankan dan kepentingan sumber cukai dalam membiayai pembangunan Malaysia yang tercinta.

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.