ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  RIVER FUN WALK UNTUK KESEJAHTERAAN SUNGAI DI BANDAR

Thursday 13/09/2018



KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia 2018, Jawatankuasa Komuniti Sungai Bunus bersama dengan rakan kongsi mereka iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Local Agenda 21 (LA21KL), akan menganjurkan Bunus Fun Walk 4 River pada hari Sabtu, 29 September 2018.
 
EcoKnights, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli Jawatankuasa Komuniti Sungai Bunus, merupakan penganjur bagi program Bunus Fun Walk 4 River 2018 ini. Pada program ini, peserta akan berjalan sepanjang 3.5 kilometer mengelilingi Kolam Takungan Sungai Bunus sebagai tanda simbolik bagi jarak yang perlu ditempuh oleh komuniti yang tinggal di kawasan pedalaman untuk mendapatkan sumber air bersih. Selain aktiviti berjalan sambil beramal, orang ramai juga berpeluang untuk menyertai aktiviti pemuliharaan sungai dan bengkel pendidikan yang akan turut diadakan pada hari kejadian.
 
Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Sungai Bunus, Yasmin Rasyid berkata, “Kami menyeru rakan kongsi dari pihak korporat untuk menyokong Bunus Fun Walk 4 River melalui sumbangan yang terdiri daripada pelbagai pakej penajaan. Acara ini disasarkan untuk memperoleh sebanyak 1,000 penyertaan. Kami turut berharap ahli perniagaan akan turut menyertai program ini melalui penglibatan para pekerja mereka kerana hal ini akan memberi manfaat kepada golongan pekerja dari segi kesedaraan alam sekitar.”
 
Bunus Fun Walk 4 Rivers merupakan program untuk menjana dana yang menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM 15,000. Dana yang diperoleh akan digunakan untuk membiayai program di bawah Jawatankuasa Komuniti Sungai Bunus serta menyokong kebun komuniti yang akan diusahakan di beberapa kawasan Sungai Bunus sepanjang 9 km”, tambah Yasmin.
 
Orang ramai digalakkan untuk menyertai Bunus Walk for River dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang: www.ecoknights.org.my/bunusw4r.
 
"Kami berharap untuk mendapatkan sokongan orang ramai dan ahli perniagaan dalam menjayakan acara ini dan seterusnya menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi pihak bandaraya", simpul Yasmin.
 
Untuk maklumat lanjut serta gambar berkaitan: http://bit.ly/Bunusw4r
 
Sumber: Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Zafran Zahari
Bunus Fun Walk for River,
Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor
Tel: 03-77318361
Emel: zafran@ecoknights.org.my
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.