ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PAKAR-PAKAR MEDIA: MENCERITAKAN KISAH MENARIK HAINAN MELALUI KOMUNIKASI ANTARABANGSA

Friday 07/09/2018



AsiaNet 75076
 
HAIKOU, China, 7 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada akhir Ogos, pakar-pakar komunikasi antarabangsa telah berkumpul di Bandar Raya Haikou, Wilayah Hainan. Mereka telah dijemput untuk menghadiri satu seminar bertemakan "Melakukan Pembaharuan kepada cara komunikasi, menceritakan kisah Hainan, meningkatkan komunikasi antarabangsa -- membina Zon Perdagangan Bebas Perintis Hainan (Pelabuhan)", untuk sumbang saran berhubung masa hadapan komunikasi antarabangsa di Hainan, yang telah diadakan oleh Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Wilayah CPC Hainan.

Sejak penubuhan Zon Perdagangan Bebas Perintis Hainan dan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China di Hainan pada April 2018, semakin ramai orang dari seluruh dunia telah memberikan perhatian yang lebih kepada wilayah pantai. Untuk tujuan ini, lebih banyak lagi inovasi di dalam komunikasi antarabangsa dijangka berlaku di sana.

Bruce Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Australian Associated Press berkata tanggapan pertama beliau mengenai Hainan adalah tarikan landskap dan pelaburannya, bersesuaian dengan namanya "Hawaii China". Beliau mencadangkan agar Hainan harus lebih memahami khalayak sasaran, memberikan media dengan kisah-kisah yang lebih  boleh dipercayai dan menarik dan mempunyai elemen-elemen multimedia yang kaya seperti gambar dan video, dan berkongsi dengan dunia luar melalui media sosial arus perdana termasuk Instagram, Facebook dan Twitter.

Profesor Zhong Xin dari Sekolah Kewartawanan dan Komunikasi di Universiti Renmin di China percaya bahawa pengusahaan dan pembangunan pembiakan Nanfan, teknologi laut dalam, teknologi aeroangkasa dan industri-industri lain boleh menerokai sumber-sumber kuasa lembut yang baharu untuk Hainan. Ini bermaksud ia boleh membawa kesan komunikasi yang lebih baik, meningkatkan imej dan daya tarikan antarabangsa Hainan.

Frank Sieren, Ketua Perwakilan bagi Handelsblatt di China, menyatakan bahawa Hainan mempunyai persekitaran semula jadi yang unggul dan dorongan pergerakan bagi pembangunan yang pesat. Dua kelebihan seperti itu adalah agak pelik kepada wilayah ini. Sudut pandangan Sieren berpunca daripada pengalaman seorang arkitek dari Ukraine. Selepas menetap di New York, Los Angeles, Shanghai dan Haikou, arkitek berkenaan yakin bahawa hanya stesen terakhir itu yang mampu memberikannya kehidupan dan persekitaran kerja yang ideal. "Hampir semua orang mempunyai mimpi seperti itu: sebuah persekitaran yang sesuai didiami dan sebuah pekerjaan yang memuaskan hati, yang merupakan imej propaganda yang paling meyakinkan dan menarik di Hainan."

Sun Jing, Pengarah bagi Jabatan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Berita dan Pusat Maklumat, Agensi Berita Xinhua, berkongsi pelbagai kes komunikasi antarabangsa dari banyak wilayah dan bandar raya di dalam negeri. Beliau menegaskan bahawa untuk melaksanakan komunikasi antarabangsa dengan baik, kita harus membina sebuah imej tersendiri, menceritakan sebuah kisah yang memukau dan memperkenalkan sebuah konsep.

Pegawai-pegawai dari Jabatan Publisiti di Jawatankuasa Wilayah CPC Hainan, Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Wilayah Hainan, jabatan-jabatan publisiti dan jawatankuasa pembangunan pelancongan di peringkat bandar raya dan daerah, guru-guru dan pelajar dari beberapa buah universiti di Hainan dan pemimpin-pemimpin media hadir pada seminar itu.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Wilayah CPC Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=318855
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.