ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  PENYERTAAN UNTUK FESTIVAL SENI MEDIA JEPUN KE-22 DIBUKA SEKARANG

Friday 07/09/2018

AsiaNet 75056

TOKYO, 7 Sept., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

Jawatankuasa Eksekutif Festival Seni Media Jepun kini menerima penyertaan untuk Festival Seni Media Jepun ke-22. Semua artis dari seluruh dunia, tanpa membuat perbezaan di antara profesional, amatur, bebas, atau komersial, dijemput untuk menghantar karya mereka bagi empat bahagian -- Seni, Hiburan, Animasi, dan Manga. Penyertaan yang layak adalah hasil karya yang disiapkan atau dipamerkan dalam tempoh masa satu tahun sebelum tarikh akhir (6 Oktober, 2017 - 5 Oktober, 2018). Dari setiap bahagian, jawatankuasa juri akan memilih pemenang bagi Hadiah Utama, Anugerah Kecemerlangan, dan Anugerah Muka Baharu. Semua anugerah, termasuk Anugerah Pencapaian Khas dan Pemilihan Juri, akan diumumkan pada Mac 2019. Setiap pemenang dari empat bahagian itu akan masing-masing menerima trofi dan hadiah wang tunai sehingga 1,000,000 yen Jepun, dan juga meraih peluang untuk membentangkan hasil karya mereka pada Pameran Hasil Karya yang memenangi Anugerah di Tokyo pada Jun 2019.
 
(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201809037510-O1-kJNL01w2)
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/img/201809037510-O2-j9GO65kT)
 
Penyertaan mesti dikemukakan secara dalam talian ke
http://festival.j-mediaarts.jp/en/entry/entry-guidelines/
 
Semua penyertaan mesti diterima selewat-lewatnya pada jam 18:00 pada Jumaat, 5 Oktober (JST). Penyerahan penyertaan adalah percuma.

Maklumat mengenai festival itu
 
Festival Seni Media Jepun adalah sebuah festival “Seni Media” ("Media Geijutsu" dalam bahasa Jepun) yang komprehensif yang mengiktiraf hasil karya yang cemerlang di dalam empat bahagian: Seni, Hiburan, Animasi, dan Manga. Festival itu telah menganugerahkan hadiah kepada karya kreatif yang signifikan yang mempunyai nilai artistik sejak penubuhannya pada tahun 1997, dan menerusi Pameran tahunan mereka bagi Hasil Karya yang Memenangi Anugerah, ia telah menawarkan kepada orang ramai dengan satu peluang untuk secara langsung menghargai hasil usaha yang diraikan itu, dan juga untuk mengambil bahagian di dalam acara-acara yang berkaitan acara seperti simposium dan syarahan artis.

Tahun lepas, Festival ke-21 telah menerima 4,192 penyertaan daripada 98 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, festival itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu daripada acara yang paling menonjol di dalam bidang "Seni Media" yang mengamati ekspresi artistik terkini yang terus mempelbagaikan dalam dunia yang sentiasa berubah pada hari ini.

Anugerah yang ditawarkan
Hadiah Utama: Sijil, trofi, 1,000,000 yen Jepun
Anugerah Kecemerlangan: Sijil, trofi, 500,000 yen Jepun
Anugerah Muka Baharu: Sijil, trofi, 300,000 yen Jepun
Anugerah Pencapaian Khas: Sijil, trofi
Hasil cemerlang yang lain akan dipilih oleh juri sebagai Pilihan Juri.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web:
http://festival.j-mediaarts.jp/en/
  
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Festival Seni Media Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.