ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  JUARA OLIMPIK MEMBERI TANDA KEPUASAN KEPADA PANTAI MERAH KERANA TANAH LEMBAPNYA YANG INDAH

Friday 07/09/2018



AsiaNet 75060
 
PANJIN, China, 7 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Baru-baru ini, juara Olimpik bagi wilayah Liaoning, yang mengambil bahagian dalam sukan ke-13 bagi wilayah Liaoning, telah melawat Koridor Panorama Kebangsaan Pantai Merah dan kagum dengan pemandangannya yang menakjubkan, menurut Jawatankuasa Pentadbiran Resort Tanah Lembap Pantai Merah Panjin.

Di dalam dewan tiket, juara judo Sun Fuming, Yuan Hua, juara bola tampar Liu Yanan, juara mendayung dua orang Tang Bin, juara gusti Wang Jiao dan juara epee Sun Yujie telah mengambil gambar berkumpulan dengan pelawat dan menandatangani untuk mereka dengan penuh semangat. Juara Olimpik dituliskan untuk Koridor Panorama Kebangsaan Pantai Merah dan telah melawat bas persiaran itu. Bas itu, yang baharu sahaja diberi nama "juara Olimpik", telah dihiasi dengan corak maskot bagi sukan ke-13 untuk wilayah Liaoning, dan akan digunakan di kawasan yang indah itu.

Juara-juara Olimpik mengambil gambar di tempat yang indah, di mana mereka terpesona oleh pemandangan yang menakjubkan dan memuji keindahan tanah lembap itu dan pantai merah yang menakjubkan. Pantai merah adalah sebuah khazanah untuk manusia sejagat yang diberikan oleh alam. Kesemua tempat-tempat yang indah itu terdiri daripada sumber-sumber ekologi, seperti pantai merah, mensiang hijau dan tanah lembap.

Koridor Panorama Kebangsaan Pantai Merah dikenali sebagai "garis pinggir laut merah dunia", yang juga dikenali sebagai "koridor rekreasi yang paling indah di China" dan "garis pinggir laut pelancongan yang paling romantik di China". Tumbuh-tumbuhan herba perintis bagi salvia dan paya mensiang hijau adalah elemen bahan utama bagi Koridor Panorama Kebangsaan Pantai Merah. Pada April setiap tahun, salvia mula tumbuh, membiak dan berkembang dengan cepat. Dengan perubahan musim, salvia berkembang dari merah jambu kepada merah menyala kepada merah tua, yang menghasilkan satu gambaran yang mengagumkan bagi  kukup ini.

Diatur seiring dengan salvia merah adalah mensiang yang terbesar di dunia, dengan keluasan 1.23 juta hektar. Kawasan mensiang yang luas ini bukan sahaja menyesuaikan diri dengan iklim, menyimpan air dan membentuk sebuah persekitaran ekologi tanah lembap yang baik, tetapi juga menyediakan suatu habitat bagi burung untuk mendiaminya, mencari makanan dan membiak. Mensiang itu adalah kediaman bagi 287 spesies burung, di mana ia merupakan tempat pembiakan bagi burung camar berparuh hitam, kawasan paling utara bagi burung jenjang merah liar yang hidup melalui musim sejuk dan titik paling selatan bagi pembiakan burung jenjang merah liar. Terdapat angsa putih, egret, bangau, itik berkening putih, angsa dan anjing laut berbintik. Inilah syurga bagi burung laut dan syurga bagi kehidupan laut.

Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Resort Tanah Lembap Pantai Merah Panjin
 
Pautan Lampiran Imej: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=318800

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.