Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180815005030/en/NTT Com telah diiktiraf sebagai Pembekal Terbaik Perkhidmatan UCC Akhir ke Akhir Asia Pasifik untuk Tahun 2018, dan Pembekal Terbaik Perkhidmatan Pusat Data Telco Asia Pasifik untuk Tahun 2018, dan Arkadin telah diiktiraf sebagai Anugerah Kepimpinan Strategi Barisan Keluaran Kerjasama Perusahaan Asia Pasifik Frost & Sullivan 2018. Keputusan itu telah diumumkan pada Anugerah ICT Asia Pasifik Frost & Sullivan 2018 di Singapura pada 15 Ogos.
Menurut Shuishan Lu, Penganalisis Industri, Amalan ICT, Frost & Sullivan, "Rangkaian NTT Communications bagi perkhidmatan komunikasi dan kerjasama yang disatukan akhir ke akhir (UCC) menawarkan perangkaian, suara, integrasi sistem dan perundingan, penggunaan awan, dan perkhidmatan terurus.
Di bawah Kumpulan NTT, NTT Communications, Dimensi Data, dan Arkadin telah berpadu tenaga untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan UCC akhir ke akhir bagi pelanggan perusahaan. Strategi menuju ke pasaran "Pasukan NTT” itu seterusnya mengukuhkan keupayaan perundingan dan pergerakan projek NTT Communications di dalam pasaran perkhidmatan UCC yang sangat berdaya saing.” Berhubung dengan Pembekal Terbaik Perkhidmatan Data Pusat Telco Asia Pasifik untuk Tahun berkenaan, Yu Xuan Ng, Penganalisis Industri, Amalan ICT, Frost & Sullivan, berkata, "NTT Communications telah mencapai kejayaan dengan menangani permintaan pasaran daripada vendor awan yang berskala hiper dan membezakannya daripada pesaing dengan penyelesaian penyambungan mereka yang dijamin selamat (SD-Exchange) dan portfolio perkhidmatan yang ditambah nilai. Hasil daripada inisiatif strategik mereka itu, NTT Communications telah mencapai pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun yang luar biasa di dalam pasaran perkhidmatan pusat data."
Mengenai anugerah Arkadin, Penganalisis Penyelidikan Chong Zi Ning, Amalan ICT, Frost & Sullivan berkata, "Peningkatan pelbagai platform digital semakin meningkatkan kerumitan bagi kerjasama dan komunikasi perusahaan. Kekurangan kepakaran dan keupayaan perancangan adalah merupakan cabaran utama di dalam melaksanakan transformasi digital di dalam organisasi. Arkadin adalah satu daripada syarikat yang pertama yang menggunakan transformasi digital di dalam operasi mereka. Meningkatkan integrasi bagi keupayaan mesyuarat awan dalam sistem Microsoft UCaaS, syarikat itu terus menyampaikan pengalaman kerjasama yang terbaik di dalam kelasnya di Asia Pasifik. Sebagai rakan pembolehan tempat kerja Microsoft yang moden, kepakaran Arkadin telah membawa kejayaan kepada organisasi di dalam perjalanan transformasi tempat kerja mereka."
Pautan:
Arcstar UCaaSNexcenterArkadin ServicesAwardsMaklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 400,000m
2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Data, NTT Security, NTT DOCOMO dan Dimension Data, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com |
Twitter@NTT Com |
Facebook@NTT Com |
LinkedIn@NTT Com Maklumat mengenai Arkadin
Arkadin membolehkan pelanggan untuk berjaya di dalam tempat kerja yang disambung secara digital dengan perkhidmatan komunikasi awan yang terkemuka di pasaran. Lebih 50,000 perniagaan yang merangkumi perusahaan global terbesar sehingga kepada syarikat-syarikat kecil mempunyai pengalaman kerjasama dan komunikasi yang menyeronokkan dari persidangan audio/web/video dan perkhidmatan Komunikasi Bersepadu kami. Sebagai sebuah syarikat NTT Communications, kami menyediakan infrastruktur yang serba canggih bagi kualiti perkhidmatan premium dan sokongan pelanggan yang tiada tandingan yang ditadbirkan secara tempatan melalui 56 pusat operasi di 34 buah negara.
www.arkadin.com |
Twitter|
Facebook |
LinkedIn