ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: ISU KOPI PRACAMPUR GREEN 35 YANG DIMINUM BERSAMA PELUNTUR

Thursday 16/08/2018



KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada isu yang tular dalam media sosial berhubung kopi pracampur Green 35 yang didakwa anti racun dan boleh mengubati pelbagai penyakit, yang mana ini kononnya dibuktikan melalui demonstrasi dengan mencampurkan bahan peluntur ke dalam kopi pracampur sebelum diminum sebagai bukti keberkesanan produk kopi tersebut. Walau bagaimanapun,terdapat  juga laporan yang mengatakan individu yang meminum kopi pracampur Green 35 semasa sesi demontrasi sebegini telah mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital selepas beberapa jam meminum kopi berkenaan yang dicampur cecair peluntur.

KKM memandang serius isu ini dan melarang pengusaha makanan dan mana-mana  orang  lain  membuat  pemasaran  dengan  menggunakan bahan yang  merbahaya seperti bahan peluntur, racun dan seumpamanya dalam demonstrasi produk makanan. Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi  tujuan jualan untuk memperdaya pembeli boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983. 

KKM juga mendapati maklumat pengilang yang dinyatakan pada label produk tersebut adalah palsu di samping tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah  Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta menyalahgunakan logo sistem jaminan keselamatan makanan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983. Tindakan penguatkuasaan sedang diambil ke atas pihak terbabit.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my  atau facebook  Bahagian  Keselamatan  dan  Kualiti  Makanan  (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


Sila klik di sini untuk Gambar Kopi Pracampuran Green 35

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam 
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8883 3675 / 019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.