ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  ​BUDAK-BUDAK LELAKI YANG BERMAIN BOLA SEPAK DARI SELURUH DUNIA BERAKSI BERSAMA DI SHENYANG

Friday 10/08/2018



AsiaNet 74735

SHENYANG, China, 10 Ogos, 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Kejohanan Bola Sepak Budak-budak Antarabangsa "Peace Cup" keempat yang dianjurkan oleh kerajaan perbandaran Shenyang bermula pada 5 Ogos. Acara itu menghimpunkan 202 pasukan dari 13 buah negara dan wilayah dengan lebih 4,000 rakan muda yang berlainan warna dan bahasa di Shenyang untuk berkongsi daya tarikan dan kegembiraan bola sepak.

Bola sepak diiktiraf di peringkat universal sebagai "sukan pertama". Pembangunan bola sepak untuk budak-budak adalah projek asas untuk mencapai impian bola sepak China dan membina sebuah negara yang mantap di dalam bidang sukan. Pada tahun-tahun ini, kerajaan perbandaran Shenyang telah menekankan pentingnya pembangunan bola sepak. Untuk menyokong secara aktif usaha untuk mempopularkan dan meningkatkan sukan bola sepak, "Peace Cup" – satu pertandingan jenama bola sepak untuk budak-budak bertaraf antarabangsa telah diwujudkan. Selepas beberapa tahun diusahakan dan dibangunkan, "Peace Cup" telah menjadi sebuah jambatan untuk menyebarkan budaya bola sepak dan menggalakkan diplomasi sivil.

"Peace Cup" itu akan berlangsung selama 7 hari, pasukan dari 46 bandar raya dari 13 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Croatia, Korea Selatan, Malaysia, Slovakia, Thailand, Vietnam, Serbia dan Pakistan, menyertai pertandingan ini. Pemain-pemain muda itu akan beraksi dalam hampir 700 perlawanan di Taman Bola sepak Dunia “Piala Gothik” Shenyang, dengan mempamerkan kemahiran dan menjalin persahabatan.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Shenyang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=317499
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.