ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  UNISYS MEMPERKENALKAN TRUSTCHECK(TM), PERKHIDMATAN BERASASKAN LANGGANAN YANG PERTAMA BAGI MEMBANTU PASUKAN-PASUKAN KESELAMATAN UNTUK SECARA BERTERUSAN MENILAI DAN MENGUTAMAKAN RISIKO SIBER DALAM ISTILAH EKONOMI

Thursday 09/08/2018

AsiaNet 74625

LAS VEGAS, NV, AMERIKA SYARIKAT, 8 Ogos, 2018/Medianet International-AsiaNet/ --
 
Dengan sebuah model analisis yang digunakan oleh syarikat-syarikat insurans siber, perkhidmatan memberikan kalangan profesional keselamatan dengan akses yang mudah, pantas, padat kepada data risiko siber dalam istilah kewangan yang mereka boleh laporkan kepada pucuk kepimpinan 
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/)(NYSE: UIS) hari ini melancarkan Unisys TrustCheck(TM), sebuah perkhidmatan baharu yang menggunakan kekuatan bagi sebuah model analisis yang digunakan di dalam industri insurans siber untuk dengan pantas dan mudah menilai potensi kesan kewangan bagi risiko siber. Syarikat itu melancarkan perkhidmatan berkenaan pada persidangan Black Hat USA 2018 yang diadakan di Las Vegas. 
 
Tidak seperti penawaran penilaian risiko yang lain, TrustCheck disampaikan sebagai satu perkhidmatan terurus pada dasar langganan tahunan, sekali gus memberikan kalangan profesional keselamatan dengan maklumat yang sentiasa dikemaskini mengenai postur keselamatan siber bagi organisasi mereka dan langkah-langkah yang disyorkan untuk pemulihan.
 
TrustCheck dikuasakan oleh X-Analytics (R) (https://www.securesystemscorp.com/services/xanalytics/ ), sebuah model analisis risiko siber yang dipatenkan dan dibangunkan oleh Secure Systems Innovation Corp. X-Analytics telah digunakan oleh syarikat-syarikat insurans siber untuk menaja jamin insurans risiko siber yang bernilai berbilion dolar, menterjemahkan metrik keselamatan siber ke dalam metrik perniagaan.
 
TrustCheck mengurangkan ketidakpastian dan andaian dalam pengurusan risiko siber. Ia membolehkan organisasi untuk:
* Menilai kedudukan keselamatan siber dan risiko siber dalam istilah ekonomi;
* Meningkatkan jurang tradisional data penilaian dengan analisis ancaman dan kawalan daripada produk keselamatan pelanggan yang sedia ada;
* Menentukan kemungkinan bagi kerugian kewangan yang berkaitan dengan siber;
* Dengan mudah menyampaikan inisiatif pengurangan risiko kepada lembaga;
* Menganalisis pulangan pada pelaburan bagi pelaburan keselamatan siber;
* Mengutamakan aktiviti pengurangan risiko; dan
* Mengenal pasti zon pemindahan bagi kesemua bahaya siber.
 
"Dengan perubahan pesat terhadap transformasi digital, keselamatan siber telah menjadi satu kebimbangan utama bagi kalangan eksekutif kerajaan dan perniagaan, kepimpinan mereka dan lembaga pengarah mereka," kata Duncan Brown, naib presiden bersekutu, infrastruktur dan keselamatan Eropah, IDC. "Bagaimanapun, profesional teknologi di barisan hadapan bagi keselamatan siber tidak selalu mempunyai peralatan yang mereka perlukan untuk memaklumkan risiko siber kepada kepimpinan mereka dalam istilah ekonomi dan perniagaan. Peta haba tradisional dan metrik subjektif gagal untuk memberikan pemahaman yang diperlukan oleh pemimpin untuk memahami kebarangkalian dan kesan kewangan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa keselamatan siber, menjadikannya mustahil bagi mereka untuk membuat keputusan secara tepat."
 
"Dengan TrustCheck, Unisys pada asasnya mengubah perbualan risiko siber, membolehkan organisasi untuk menyelaraskan inisiatif keselamatan dengan strategi perniagaan," kata Jonathan Goldberger, naib presiden bagi Penyelesaian Keselamatan, Unisys. "TrustCheck menterjemahkan data keselamatan siber ke dalam metrik kewangan, seperti jangkaan kerugian atau pulangan di atas pelaburan, dan memberi kuasa kepada profesional keselamatan untuk membuat keputusan pengurusan risiko yang lebih baik berdasarkan kepada keutamaan perniagaan."
 
Melalui perkhidmatan TrustCheck, pelanggan mempunyai akses yang berterusan kepada papan pemuka risiko untuk mengkaji semula kedudukan keselamatan siber mereka. Di samping itu, Unisys mengkaji semula papan pemuka itu dengan pelanggan secara bulanan bagi membincangkan cara bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan ancaman baharu dan keutamaan yang berubah. Pelanggan boleh log masuk ke dalam papan pemuka yang disesuaikan secara berterusan untuk mengkaji semula maklumat tentang kedudukan keselamatan siber bagi organisasi mereka dan seberapa baik kedudukan mereka untuk bertindak balas terhadap ancaman baharu dan keutamaan yang berubah.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai TrustCheck, sila layari www.unisys.com/TrustCheck.  
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengoperasian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  www.unisys.com.
 
Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys). 
 
Hubungi:
 
Claire Hosegood
Unisys
+61 411 2563 663
Claire.hosegood@au.unisys.com  
 
###
 
NOMBOR SIARAN: 0808/9607
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing. 
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Corporation 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.