ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN MEDIA YB TERESA KOK, MENTERI INDUSTRI UTAMA TERHADAP KENYATAAN HISBAH MENGENAI PELANTIKAN TAN SRI MOHD BAKKE SALLEH SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)

Wednesday 08/08/2018



Pengerusi MPOB baharu Tan Sri Mohd Bakke Salleh seorang berintegriti yang mampu membawa industri minyak sawit ke tahap lebih tinggi.
 
Saya terkilan dengan kenyataan oleh mantan Senator Datuk Ezam Mohd Nor sebagai Pengerusi HISBAH yang mengkritik pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai “keputusan yang salah”.
 
Meskipun Tan Sri Mohd Bakke merupakan pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB pada satu ketika dahulu, beliau telah meletakkan jawatan kerana kecewa dengan salah laku dalam 1MDB, apabila pemindahan wang secara kontroversi dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah.
 
Seperti dilaporkan media, beliau telah menunjukkan kemarahan dan ketidakpuashatian terhadap apa yang telah berlaku dalam 1MDB ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2016. 
 
Tan Sri Mohd Bakke adalah seorang yang berintegriti tinggi. Beliau merupakan tokoh korporat yang dihormati dengan pengalaman meluas dalam industri minyak sawit. Negara akan mendapat manfaat daripada kepemimpinan dan pengalaman beliau dalam mencapai matlamat Kerajaan membawa industri ke tahap yang lebih tinggi. Sumbangan beliau juga diakui oleh pemain industri yang memberi reaksi positif terhadap pelantikannya.
 
Saya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan Tan Sri Mohd Bakke untuk memimpin MPOB di samping membantu Kerajaan meningkatkan usaha menangkis kempen anti-minyak sawit terhadap komoditi negara, dan dalam usaha meningkatkan prestasi industri minyak sawit.
 
Saya amat yakin beliau akan melaksanakan peranan baharunya di MPOB dengan penuh komitmen dan dedikasi.
 
TERESA KOK
MENTERI INDUSTRI UTAMA
7 Ogos 2018
Putrajaya

Sumber : Kementerian Industri Utama
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Mohd Hilmi Mohd Ali 
Tel : 03 8880 3325 
Faks : 03 8887 8205
Emel : hilmihajiali@mpic.gov.my

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.