ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  CUSHMAN & WAKEFIELD MENGUMUMKAN PENUTUPAN UNTUK TAWARAN AWAM PERMULAAN MEREKA BAGI SAHAM BIASA

Tuesday 07/08/2018



CHICAGO, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cushman & Wakefield plc ("Cushman & Wakefield") hari ini mengumumkan penutupan bagi tawaran awam permulaan mereka sebanyak 45,000,000 bagi saham biasa mereka, pada harga kepada orang awam sebanyak $17.00 sesaham. Sehubungan dengan tawaran awam permulaan itu, penaja jaminan telah melaksanakan sepenuhnya opsyen mereka untuk membeli tambahan 6,750,000 saham biasa daripada Cushman & Wakefield. Hasil daripada itu, jumlah saiz tawaran awam permulaan adalah sebanyak 51,750,000 saham. Saham-saham itu disenaraikan di Bursa Saham New York dan didagangkan di bawah simbol "CWK."
 
Cushman & Wakefield juga mengumumkan penutupan awal bagi sebuah pelaburan penempatan persendirian utama oleh Vanke Service (HongKong) Co., Limited dalam satu jumlah agregat bagi saham biasa yang akan mewakili pemilikan 4.9% daripada saham biasa tertunggak selepas memberi kesan kepada tawaran awam permulaan dan pelaksanaan sepenuhnya opsyen penaja jaminan untuk membeli tambahan saham biasa.
 
Cushman & Wakefield menjangkakan untuk menggunakan hasil bersih daripada saham biasa yang ditawarkan oleh mereka itu untuk mengurangkan hutang terkumpul, terutamanya untuk membayar balik pinjaman lien kedua mereka, untuk membayar jumlah tertunggak bagi kewajipan pembayaran tertunda yang berkaitan dengan pemerolehannya ke atas Cassidy Turley dan mana-mana hasil bersih yang ada untuk tujuan korporat am.
 
Morgan Stanley, J.P. Morgan, Goldman Sachs & Co. LLC dan UBS Investment Bank bertindak sebagai pengurus penaja jaminan utama bersama dan wakil-wakil bagi penaja jaminan untuk penawaran tersebut. Barclays Capital Inc., BofA Merrill Lynch, Citigroup Global Markets Inc., Credit Suisse Securities (Amerika Syarikat) LLC dan William Blair & Company, L.L.C. juga bertindak sebagai pengurus penaja jaminan utama bersama untuk penawaran itu. TPG Capital BD, LLC, HSBC Securities (Amerika Syarikat) Inc., Credit Agricole Securities (Amerika Syarikat) Inc., JMP Securities LLC, China Renaissance Securities (Amerika Syarikat) Inc., Fifth Third Securities, Inc., Academy Securities, Inc., Loop Capital Markets LLC, Samuel A. Ramirez & Company, Inc., Siebert Cisneros Shank & Co. LLC dan The Williams Capital Group, L.P. bertindak sebagai pengurus bersama untuk penawaran itu.
 
Tawaran itu dibuat hanya melalui prospektus bertulis yang menjadi sebahagian daripada kenyataan pendaftaran yang berkesan. Salinan bagi prospektus akhir berkaitan dengan tawaran itu boleh diperolehi dari Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, Tingkat 2, New York, NY 10014, J.P. Morgan Securities LLC, Perhatian: Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, e-mel: prospectus-eq_fi@jpmchase.com, Goldman Sachs & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, NY 10282, telefon: (866) 471-2526 atau e-mel: prospectus-ny@ny.email.gs.com dan UBS Securities LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 1285 Avenue of the Americas, New York, NY 10019, telefon: 888-827-7275 atau e-mel: olprospectusrequest@ubs.com.
 
Satu kenyataan pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah diisytiharkan berkuatkuasa pada 1 Ogos, 2018 oleh Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti. Siaran berita ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli dan tidak ada sebarang penjualan sekuriti ini dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, jualan atau permintaan itu akan menyalahi undang-undang sebelum  pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa sedemikian.
 
Maklumat mengenai Cushman & Wakefield

Cushman & Wakefield (NYSE: CWK) adalah sebuah firma perkhidmatan hartanah global terkemuka yang menyampaikan nilai yang luar biasa dengan meletakkan idea menjadi tindakan untuk penghuni dan pemilik hartanah. Cushman & Wakefield adalah di antara firma perkhidmatan hartanah yang terbesar dengan 48,000 orang pekerja di kira-kira 400 pejabat dan 70 buah negara. Pada tahun 2017, firma itu telah memperolehi hasil sebanyak $6.9 bilion merentasi perkhidmatan teras iaitu hartanah, kemudahan dan pengurusan projek, pajakan, pasaran modal, penilaian dan perkhidmatan lain.
 
Nota Amaran Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Mana-mana kenyataan di dalam siaran ini yang bukan berbentuk fakta sejarah atau semasa adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan menyampaikan jangkaan semasa atau ramalan bagi peristiwa masa hadapan untuk Cushman & Wakefield. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan membabitkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar bagi Cushman & Wakefield berbeza daripada mana-mana keputusan, prestasi atau pencapaian masa hadapan yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Sebahagian daripada risiko dan ketidakpastian ini dinyatakan di dalam bahagian "Faktor Risiko" dan "Nota Amaran Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan" dalam Kenyataan Pendaftaran pada Borang S-1. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, Cushman & Wakefield tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan untuk menggambarkan keadaan atau peristiwa selepas tarikh siaran media ini.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180806005543/en/
 
Hubungi

Cushman & Wakefield
Brad Kreiger
+1 312 424 8010
Brad.Kreiger@cushwake.com
 
Sumber : Cushman & Wakefield
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.