ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  WATTS MINERS MEMBAWA PELANTAR PERLOMBONGAN KRIPTO YANG PALING BERKUASA KE PASARAN

Thursday 02/08/2018



NEW YORK, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Watts Miners (www.wminers.com) hari ini mengumumkan bahawa ia semakin muncul sebagai nama besar yang seterusnya di dalam pasaran global yang berkembang pesat bagi perlombongan mata wang kripto. Syarikat itu baru-baru ini melancarkan tiga pelombong kripto yang dilengkapi dengan kuasa kadar hash yang belum pernah berlaku sebelum ini di dalam industri itu. Dibangunkan dengan menggunakan teknologi cip ASIC yang canggih, setiap pelombong ini boleh digunakan untuk melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum, Monero, dan Dash. Pelombong yang mudah untuk digunakan itu telah menjadi terkenal kerana keupayaan mereka untuk memberikan pulangan pelaburan yang sepenuhnya dalam masa satu bulan.

Walaupun perlombongan mata wang kripto kini menjadi perkara biasa di kalangan ramai peminat kripto, perolehan yang begitu pantas dan keuntungan yang terjamin dari perlombongan tidak pernah menjadi satu proses yang mudah. Lebih-lebih lagi, potensi untuk membuat keuntungan bagi pelombong boleh terjejas dengan ketara disebabkan oleh perbelanjaan permulaan yang tinggi, kos elektrik, dan kesukaran perlombongan. Watts Miners telah menangani batasan-batasan ini dengan mewujudkan pelombong pelbagai algoritma dengan kuasa kadar hash tinggi yang luar biasa dengan ditambah oleh penggunaan kuasa yang rendah.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan istilah kadar hash, ia adalah ukuran bagi prestasi sesuatu pelombong. Kadar hash yang lebih tinggi membawa maksud terdapat lebih banyak kuasa pemprosesan yang tersedia untuk menjalankan dan menyelesaikan algoritma hashing yang berbeza yang berkaitan dengan menghasilkan mata wang kripto baharu sebagai ganjaran bagi membolehkan urus niaga untuk berlaku pada rangkaian itu.

"Matlamat kami bukan sahaja untuk mewujudkan pelombong terbaik yang mudah untuk digunakan, tetapi juga bagi memastikan pelanggan kami memperolehi kadar pulangan pelaburan yang terbaik," kata Ketua Pegawai Kewangan Watts Miners, Nancy Lopez. "Hari ini, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa pelantar perlombongan kami tidak ada tandingannya di dalam industri apabila dikaitkan dengan kuasa, kecekapan, dan keuntungan."

Dinyatakan di bawah adalah beberapa daripada ciri-ciri yang paling menarik bagi perlombongan mata wang kripto baharu dari Watts Miners.
  • Kuasa hash yang luar biasa sehingga 1000 TH/s untuk Bitcoin, 200 GH/s untuk Litecoin, 28 GH/s untuk Ethereum, 6.8 TH/s untuk Dash, dan 1200 KH/s untuk Monero
  • Penggunaan kuasa yang rendah 800W±10%, 1200W±10%, dan (1200W±10%) x4 untuk ketiga-tiga produk itu
  • Suhu Kendalian antara 10°C hingga 45°C
  • Kurang daripada 45 dB bunyi bising
  • Sistem penyejukan air tidak berbunyi Watts Miners yang asli
  • Ketahanan dengan lebih daripada 70,000 jam bagi prestasi berterusan
  • Penyelesaian yang disesuaikan untuk ladang perlombongan yang besar
  • Keupayaan untuk dipasang di kawasan kediaman
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Watts Miners dan rangkaian produk mereka yang termaju, sila layari https://wminers.com.

Maklumat mengenai Watts Miners: Watts Miners adalah sebuah pelombong mata wang kripto yang berkualiti tinggi yang menyampaikan kuasa hash yang sangat tinggi tanpa menggunakan kuasa yang banyak. Pasukan mereka terdiri daripada beberapa profesional peringkat tinggi dari organisasi ternama seperti Samsung, Microsoft, IBM, dan banyak lagi. Beribu pejabat di New York, syarikat itu pada masa ini mempunyai kemudahan perkilangan di Amerika Syarikat, Jerman, China dan Rusia.

Hubungan Syarikat
Watts Miners
1740 Broadway Tingkat 14
New York, NY 10019
www.wminers.com
Tel: 929-220-9148
Tel: 929-220-1825
info@wminers.com

Hubungan Perhubungan Korporat
CryptoCurrencyWire
1324 Lexington Ave.
New York, NY 10128
www.CryptoCurrencyWire.com
Tel: 212-418-1217
Editor@CryptoCurrencyWire.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180801005874/en/

Hubungi
Watts Miners Inc.
Nancy Lopez
929-220-9148
929-220-1825
nancy@wminers.com

Sumber : Watts Miners

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.