ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MENETAPKAN CITA-CITA UNTUK MENJADI PROFESIONAL KREATIF TERUNGGUL DI ASIA; FESTIVAL KREATIF UNTUK PELAJAR "ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-13" KINI BERMULA

Wednesday 01/08/2018



OSAKA, Jepun, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mandom Corporation (TOKYO: 4917) kini mengadakan ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-13, satu daripada anugerah terbesar di Asia bagi pelajar-pelajar yang kreatif. Panggilan untuk penyertaan bermula pada 1 Ogos 2018.
 
Anugerah ini, yang menonjolkan kedua-dua keseronokan dalam dandanan dan kreativiti peribadi di dalam generasi muda, akan membolehkan mana-mana pelajar di dalam kawasan sasaran untuk turut serta dengan mudah, dengan menggunakan YouTube, Twitter, dan Instagram.
 
Gambaran keseluruhan bagi ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-13
 
ANUGERAH KREATIF GATSBY bermula apabila GATSBY, sebuah jenama kosmetik lelaki yang memperluaskan bahagian pasaran mereka di Asia, mahu menyokong dan menggalakkan golongan muda. Anugerah-anugerah itu, yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di Asia, bertujuan untuk memperluaskan kesedaran mengenai karya kreatif yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang memohon. Proses anugerah itu tidak hanya berkongsi kerja anak-anak muda dari Jepun dan dari seluruh Asia, yang mempunyai kreativiti yang mendalam dan kebebasan ekspresi sudah menjadi mata arah kepada dunia, tetapi juga mewujudkan sebuah forum bagi pelajar-pelajar ini untuk mengenali di antara satu sama lain dan mula menjalin kerjasama.
 
Penyertaan dibuka kepada mana-mana artis baharu, yang menyimpan harapan untuk menjadi seorang profesional yang kreatif atau prestasi, dan yang mempunyai minat dan keghairahan kepada penciptaan dan ekspresi.
 
Terdapat lima kategori kemasukan untuk acara tahunan ke-13 ini. Finalis akan dijemput untuk menyertai upacara di Shibuya Tokyo, pada Mac 2019, untuk PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-13. Acara itu akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi di peringkat antarabangsa, melalui medium kreativiti mereka.
 
Kategori Kemasukan dan Tempoh Penyertaan

(1) CM, (2) KESENIAN
Penyertaan diterima dari Rabu, 1 Ogos, 2018 hingga Ahad, 14 Oktober, 2018.
 
(3) TARIAN, (4) MUZIK, (5) FOTO
Penyertaan diterima dari Isnin, 15 Oktober, 2018 hingga Ahad, 2 Disember, 2018.
 
Kelayakan Penyertaan

1. Harus menjadi seorang pelajar yang berdaftar di sekolah tinggi menengah, sekolah vokasional, kolej komuniti, kolej, atau universiti.
2. Menjadi seorang warganegara dalam kawasan sasaran dan menetap di dalam kawasan sasaran.
 
Kawasan Sasaran

Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mongolia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand.
 
Sila lihat laman web rasmi bagi ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-13 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
https://award.gatsby.jp/sg/
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180801005315/en/
 
Hubungi

Mandom Corporation
Miki Shimizu, +81-3-5766-2484
Bahagian Reka Bentuk Komunikasi
shimizu-mi@mandom.co.jp
Sila hubungi kami dalam bahasa Inggeris.
 
Sumber : Mandom Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.