ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL UGANDA MEMBUAT TEMPAHAN SAH UNTUK EMPAT BUAH PESAWAT CRJ900 BOMBARDIER

Friday 20/07/2018



 
  • Pengendali pertama kabin ATMOSPHÈRE CRJ Series di Afrika
 
MONTREAL, 20 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani tempahan sah untuk empat buah jet serantau CRJ900 dengan Syarikat Penerbangan Nasional Uganda.
 
Berdasarkan penyenaraian harga pesawat CRJ900, tempahan itu dianggarkan bernilai sebanyak US$190 juta.
 
“Kami mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Uganda atas kemunculan semula syarikat penerbangan negaranya. Kami teruja kerana syarikat penerbangan baharu itu memilih Bombardier dan pesawat serantau CRJ900 untuk kemunculannya yang akan datang,” kata Jean-Paul Boutibou, Naib Presiden Jualan Timur Tengah dan Afrika, Pesawat Komersial Bombardier. “Diiktiraf kerana penjimatan dan keberkesanannya, pesawat CRJ Series membolehkan syarikat penerbangan di seluruh dunia menyediakan rangkaian yang lebih baik kepada pelanggan dan kami sedia untuk membantu pembangunan pelancongan udara serantau Uganda dengan pesawat serantau CRJ900.”
 
Syarikat Penerbangan Uganda akan mengendalikan CRJ900 dalam konfigurasi dua kelas dengan 76 tempat duduk, termasuk 12 tempat duduk kelas pertama.
 
“Kami gembira untuk menempah jet serantau terkemuka dunia dan bersedia untuk memberikan pengalaman penerbangan paling moden dalam penerbangan serantau kepada seluruh rakyat Uganda dan Afrika,” kata Ephraim Bagenda, CEO Syarikat Penerbangan Nasional Uganda. “Semasa kami menjadikan Entebbe sebagai hab yang kukuh di Afrika Timur dan membina lebih rangkaian di Afrika, kami telah menyemak semula keperluan kami dengan menyeluruh. Dengan rekodnya yang terbukti di Afrika dan rantau lain di dunia, kami yakin bahawa pesawat CRJ900 akan menyumbang kepada kejayaan kami.”
 
Hari ini, 21 pengendali telah menggunakan 58 CRJ Series di Africa. Termasuk tempahan yang diumumkan hari ini, Bombardier telah merekodkan tempahan untuk 1957 buah jet serantau CRJ Series.
 
Perihal kabin ATMOSPHÈRE
Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran jet serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com
 
Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.
 
Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aurostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di Bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.
 
Nota untuk Editor
Imej CRJ900 dengan hiasan Syarikat Penerbangan Nasional Uganda disiarkan bersama hebahan berita ini di www.Bombardier.com.
 
Artikel ringkas tentang pesawat CRJ900 tersedia di Hab Media BCA
 
Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Pesawat Komersial Bombardier.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS Laman Web Bombardier.

Bombardier, CRJ900 dan CRJ Series adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.
 
Untuk Maklumat
 
Nathalie Siphengphet
Pesawat Komersial Bombardier
+1(450) 476-5792
nathalie.siphengphet@aero.Bombardier.com
www.Bombardier.com
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a859cd4e-205f-4cf1-b148-14f6fbc712c5 

SUMBER: Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.