ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​POLYPLASTICS MENGGUNAKAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER (CAE) UNTUK MERAMALKAN UBAH BENTUK BAHAGIAN SEMASA PENGELUARAN ALAT PENYAMBUNG LCP

Thursday 19/07/2018



AsiaNet 74425

TOKYO, 18 Julai, 2018 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --
 
Polyplastics Co., Ltd., sebuah pembekal kejuruteraan global yang terkemuka bagi termoplastik kejuruteraan, berjaya di dalam menggunakan analisis kejuruteraan berbantu komputer (CAE) untuk meramalkan ubah bentuk bahagian semasa proses balikan ketika menghasilkan bahagian alat penyambung yang diperbuat daripada polimer kristal cecair (LCP). Alat penyambung LCP ini semakin banyak digunakan di dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar dan suis, bersama-sama dengan aplikasi yang berkaitan dengan automotif.

(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807125935-O2-w90Lnci0)
(Image: https://kyodonewsprwire.jp/img/201807125935-O1-785s5kzE)
 
Bahagian LCP boleh berkembang dengan ketara dalam keadaan suhu tinggi bagi proses balikan yang boleh memberi kesan buruk kepada kerataan produk akhir. Oleh kerana ubah bentuk haba boleh menyebabkan perekatan yang lemah hasil daripada pematerian yang tidak mencukupi kepada terminal logam, ia adalah penting bagi mencari jalan untuk mengurangkan ubah bentuk haba, terutamanya ketika pasaran melihat permintaan yang semakin meningkat bagi alat penyambung yang lebih kecil. Sebagai respons, Polyplastics melihat kepada CAE dan mula menimbangkan ramalan ubah bentuk di peringkat reka bentuk bagi artikel yang dipateri di dalam proses balikan.

LCP seperti resin LAPEROS (R) Polyplastics dicirikan oleh struktur molekul yang tegar yang sukar untuk dilentur, dan memiliki sangat sedikit tingkah laku molekul bercantum yang lazim dengan kebanyakan polimer. Akibatnya, mereka memberikan ketepatan dimensi dan rintangan haba yang sangat baik, dan menangani suhu balikan yang tinggi di dalam proses perekatan pateri.

Polyplastics telah mengenal pasti tiga tahap ubah bentuk yang boleh diramalkan oleh analisis CAE. Ini termasuk ubah bentuk permulaan pasca pembentukan (warpage), pada ubah bentuk haba puncak terutamanya disebabkan oleh kesan daripada pengembangan haba di samping pengecutan pasca pembentukan, dan ubah bentuk pasca penyejukan terutamanya yang disebabkan oleh kesan daripada pengecutan haba.

Polyplastics akan terus berusaha di dalam pembangunan teknologi analisis CAE untuk mempertingkatkan ketepatannya dan mengembangkan jangkauan kebolehgunaannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  
https://www.polyplastics.com/en/support/desn/cae2/index.vm
 
LAPEROS (R) adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan di negara-negara lain.
 
Maklumat mengenai Polyplastics
 
Polyplastics Co., Ltd. adalah sebuah peneraju dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran penyelesaian termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu yang luas termasuk POM, polybutylene terephthalate (PBT), polyphenylene sulfida (PPS), dan polimer kristal cecair (LCP). Syarikat itu mempunyai bahagian pasaran global yang terbesar bagi POM. Dengan mempunyai lebih 50 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh satu rangkaian global R&D, pengeluaran, dan sumber jualan yang mantap yang berkeupayaan untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih maju bagi tempat pasaran global yang sentiasa berubah.
  
SUMBER: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.