ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ​TACONIC BIOSCIENCES DAN CYAGEN BIOSCIENCES MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK

Thursday 19/07/2018



RENSSELAER, N.Y., 19 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences dan Cyagen Biosciences, tokoh global dalam penjanaan model roden yang diubah suai genetik dan perkhidmatan yang berkaitan telah mengumumkan perkongsian strategik.  Di bawah terma yang dipersetujui, kedua-dua syarikat tersebut akan menggabungkan sumber mereka untuk memberikan komuniti saintifik dunia akses ke rekaan model tersuai premium dan perkhidmatan janaan yang disokong oleh keupayaan komprehensif dan teknologi canggih berlesen.

Model haiwan tersuai memainkan peranan penting dalam penemuan ubat-ubatan baharu sebagai sistem biologi yang memberikan maklumat tentang dinamik antara rawatan berpotensi dan organisma hidup.

Dengan pengalaman melebihi dua puluh tahun, teknologi penjanaan model paling meluas dan penyepaduan dengan penyelesaian pembiakan tersuai premium hiliran, Taconic terkenal kerana ia mencipta mencit dan tikus diubah suai genetik yang kompleks untuk penyelidikan bioperubatan. Cyagen memasuki industri pada 2005 dan telah memperolehi pengikut yang tegar kerana ia membekalkan perkhidmatan penjanaan model dan vektor. Dengan perkongsian ini, pelanggan Cyagen boleh mengakses lebih kepakaran, pengurusan program komprehensif, teknologi canggih, keluwesan harga dan proses yang lebih pantas daripada satu tempat, yang menjanjikan penyelesaian terbaik untuk setiap projek. 

“Taconic akan membekalkan penyelesaian terbaik kepada setiap pelanggan dengan akses ke pakar saintifik yang menjana rekaan terbaik menggunakan kaedah canggih.  Melalui perkongsian dengan Cyagen, Taconic kini mampu menawarkan pilihan terbanyak dalam industri, selari dengan permintaan pasaran,” kata Dr. Robert Rosenthal, CEO Taconic Biosciences. 

“Cyagen Biosciences membekalkan model haiwan berkualiti tinggi demi memastikan penemuan saintifik yang terbaik.  Para penyelidik kini menginginkan perkhidmatan model haiwan berkualiti tinggi pada kos yang lebih rendah. Dengan kerjasama bersama Taconic, Cyagen akan menawarkan model haiwan yang lebih berkualiti, dengan pilihan baharu untuk meminimumkan atau mengelakkan kuarantin dan kos tambahan lain di samping mempunyai keupayaan pengeluaran yang melebihi standard dan jangkaan sebelumnya,” kata Dr. Reza Rezaei, VP Jualan Cyagen Biosciences.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Taconic Biosciences, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Cyagen Biosciences, sila hubungi 800-921-8930 (dari 8 a.m. - 6 p.m. PST) atau +1-408-969-0306 (Antarabangsa) di AS, 800-793-45 atau +32-28085797 (Antarabangsa) di Eropah, atau e-mel service@cyagen.com.

Perihal Cyagen Biosciences, Inc.
Cyagen Biosciences ialah pembekal model mencit dan tikus diubah suai genetik terbesar di dunia. Cyagen terkenal dengan kualiti, jaminan pulangan wang dan harga yang berpatutan. Beribu pejabat di California, dengan lokasi di Jerman, Jepun dan China, Cyagen membekalkan model transgenik, knockout, knock-in, CRISPR dan model sel ES serta siri produk sel stem untuk penyelidikan, termasuk keluaran sel, media dan kit pembezaan kepada penyelidik di seluruh dunia. Daripada vektor dan rekaan strategi ke penciptaan model haiwan, krioawetan dan pembiakan, Cyagen menawarkan penyumberan menyeluruh untuk semua keperluan model haiwan.

Perihal Taconic Biosciences.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian model haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Taconic ialah pembekal perkhidmatan penjanaan model roden berlesen sepenuhnya dan memiliki pengalaman rekaan model selama dua puluh tahun yang merangkumi penyahaktifan gen, mutasi gen, penggantian dan pemanusiaan, ekspresi transgen, RNAi dan penyuntingan gen melalui teknologi CRISPR/Cas9 untuk memastikan alatan yang betula digunakan untuk setiap projek pelanggan.  Di samping itu, Taconic juga mempunyai keupayaan unik iaitu membekalkan peralihan daripada rekaan model ke pembiakan dan pengurusan koloni, yang menjadi penyelesaian lengkap untuk pelanggan.  Pakar dalam model mencit dan tikus, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
Taconic Biosciences 
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

Sumber : Taconic Biosciences

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.