ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  APO MENERIMA PAKAI PENDEKATAN BERASASKAN PANDANGAN JAUH STRATEGIK BAGI MENJADIKAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA BERSEDIA UNTUK MASA HADAPAN

Wednesday 18/07/2018



TOKYO, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bagi membolehkan ekonomi-ekonomi ahli mengguna pakai teknologi digital di dalam sektor industri, pertanian, awam dan perkhidmatan bagi pembangunan sosioekonomi yang holistik, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang menggabungkan satu pendekatan dan amalan yang berasaskan pandangan jauh strategik untuk membantu mereka di dalam membangunkan keupayaan bersiap sedia untuk masa hadapan dan rangka kerja produktiviti negara.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180711005920/en/

Pada Sidang Kemuncak Produktiviti Lestari APO yang pertama, Setiausaha Agung Dr. Santhi Kanoktanaporn menyatakan bahawa perubahan ekonomi dan teknologi yang dipercepatkan telah menghasilkan di dalam pelbagai cabaran global yang mencakupi dari perubahan iklim kepada krisis baharu di dalam makanan, tenaga, air, pasaran kewangan dan ekonomi global. "Pada masa yang sama, perubahan itu juga turut membawa kemajuan dan kemakmuran kepada kebanyakan tempat di dunia. Di tengah-tengah kisah perubahan ini adalah produktiviti, dalam bentuk idea, teknologi, dan kemahiran baharu yang memacukan pertumbuhan. Produktiviti akan kekal sebagai pemacu utama bagi pertumbuhan pada masa akan datang."

Setiausaha Agung itu melaporkan bahawa APO telah mewujudkan sebuah Pasukan Ke Hadapan dan mula menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti trend global yang baru muncul dan daya penggerak untuk membangunkan inisiatif yang menggalakkan bukan sahaja produktiviti tradisional tetapi juga produktiviti yang mampan. "Pemimpin-pemimpin korporat dan pembuat keputusan di dalam kerajaan yang mengamalkan pendekatan perniagaan seperti lazim menghadapi risiko tercicir ke belakang. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada model yang sedia ada dan berharap untuk kekal relevan dalam dekad-dekad yang akan datang," kata Dr. Santhi.

Dalam ucapan pembukaannya, Timbalan Ketua Pengarah Dr. Minoru Masujima dari Biro Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri Jepun, mengakui bahawa peningkatan di dalam Internet untuk Segala-galanya, data besar, robotik, dan AI telah menyelesaikan isu-isu sosial dengan mewujudkan perniagaan dan perkhidmatan yang berinovatif: "Inovasi seperti itu menyumbangkan bukan sahaja kepada kecekapan dan penjimatan tenaga tetapi berpotensi untuk meningkatkan produktiviti melalui pengujudan nilai ditambah yang sama sekali baharu dalam Masyarakat 5.0."

Ketika menyampaikan ucaptama, Pengarah Eksekutif Deloitte Center for Government William D. Eggers menegaskan bahawa kerajaan yang baik sangat penting apabila ia membabitkan produktiviti sesebuah negara. "Ia boleh sama ada menghalang atau membantu mempercepatkannya," kata beliau, sambil menambah, "Dalam sebuah era teknologi eksponen, kerajaan perlu mengurangkan jurang yang semakin meningkat di antara bagaimana sektor swasta mengamalkan teknologi ini dan mengalih bentuk kerja dan bagaimana sektor awam kini beroperasi."

"Kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan cara untuk mengawal selia teknologi seperti AI, dron, dan kenderaan berautonomi dalam cara yang melindungi orang ramai tetapi membolehkan syarikat-syarikat untuk terus membuat pembaharuan. Bagaimana kerajaan-kerajaan mengawal selia teknologi-teknologi ini akan memberi impak yang besar kepada bagaimana teknologi itu terus berkembang," kata beliau.

Sidang Kemuncak Produktiviti Lestari APO itu telah disusuli oleh Bengkel Perancangan Strategik selama dua hari di mana Pengarah-pengarah APO dan Ketua-ketua Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan mengkaji semula keperluan khusus dan merangka program pembangunan masa hadapan.

Penceramah-penceramah di Sidang Kemuncak itu termasuk Ryan Janzen, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, TransPod Inc., berhubung kesan teknologi baharu seperti  hiperloop dan pengangkutan bawah tanah; Dr. Niklas Arvidsson, Profesor Madya, Jabatan bagi Ekonomi Perindustrian dan Pengurusan, KTH Royal Institute of Technology, berhubung faktor-faktor utama di dalam pembangunan sebuah masyarakat tanpa tunai; Andrew W. Brentano, Ketua Pegawai Eksekutif, Tiny Farms Inc., berhubung pilihan alternatif kepada tanaman dan amalan konvensional; dan Takeshi Arakawa, Pengurus Pasukan Pengurusan SST bagi Bahagian Penyelesaian Perniagaan, Panasonic Corporation, mengenai bandar pintar dan rumah pintar lestari.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180711005920/en/
 

Hubungi
Untuk butiran hubungan:   
Pertubuhan Produktiviti Asia
Shubhendu Parth / Yoko Fujimoto, +81-3-3830-0411
Unit Maklumat & Perhubungan Awam
sparth@apo-tokyo.org / yfujimoto@apo-tokyo.org
Telefon Bimbit: +81-80-4154-7818
Faks: +81-3-5840-5322
 
Sumber : Pertubuhan Produktiviti Asia
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.