ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PERTUNJUKAN UDARA FARNBOROUGH 2018 MENANDAKAN DEBUT KABIN ATMOSPHÉRE BAHARU BOMBARDIER

Wednesday 18/07/2018



MONTRÉAL, 18 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mendedahkan ruang dalam pesawat CRJ Series pertama dengan rekaan kabin ATMOSPHÈRE pada hari pembukaan Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom.

Bombardier mempamerkan kabin baharu itu bersama pengendali pelancaran Delta Air Lines dan pembekal, Zodiac Aerospace semasa pembukaan rasmi pertunjukan udara tersebut.

“Produk kami telah berevolusi. Rekaan kabin ini mewakili inovasi terkini untuk program jet serantau kami yang berjaya,” kata Fred Cromer, Presiden Pesawat Komersial Bombardier. “Rekaan kabin ini akan menambah nilai kepada syarikat penerbangan. Kami telah pun menerima maklum balas yang positif daripada momentum yang kami perolehi di pasaran.”

Pesawat CRJ900 yang dipamerkan secara pegun di pertunjukan itu dicat dengan hiasan Delta Air Lines dan mempunyai kabin ATMOSPHÈRE.

Bombardier juga akan menonjolkan diri dengan mempamerkan pesawat Q400 dengan hiasan Ethiopian Airlines dan juga pesawat peribadi Global 6000 yang menampilkan Kabin Premier di pertunjukan udara itu yang berlangsung pada 16-20 Julai.

Pameran pegun Bombardier dan chalet terletak di OE26 dan A5.

Perihal kabin ATMOSPHÈRE
Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran jet serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan setiap penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com

Perihal Pertunjukan Udara Farnborough
https://www.farnboroughairshow.com/

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aurostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Gambar pesawat CRJ900 dengan hiasan Delta Air Lines dan kabin ATMOSPHÈRE tersedia dengan hebahan berita ini di www.bombardier.com

Bahan visual media tersedia di: https://youtu.be/UkoGgAJTG14

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS kami.

Bombardier, ATMOSPHÈRE, CRJ900, CRJ Series, Global 6000 dan Q400 adalah tanda dagangan Bombardier Inc. 

Untuk maklumat
Nathalie Siphengphet
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam
Pesawat Komersial Bombardier
Tel +1 438-995-4189
Nathalie.siphengphet@aero.bombardier.com
www.bombardier.com 

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9f167c1f-dfbc-4594-82d0-1d201bfc65c6 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/354b6a32-31b5-4c80-b644-4398b7e611b4

SUMBER : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.