ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  CUSHMAN & WAKEFIELD AKAN MEMPEROLEHI ANGGOTA GABUNGAN MEREKA DI IRELAND DARI KUMPULAN SHERRY FITZGERALD

Tuesday 17/07/2018



  • Lebih daripada 100 pakar hartanah komersial di Dublin, Limerick dan Galway akan bergabung dengan satu daripada firma perkhidmatan hartanah yang terbesar di dunia
  • Pengarah Urusan Aidan Gavin menjadi Ketua bagi Cushman & Wakefield di Ireland dan menyertai Jawatankuasa Eksekutif mereka untuk United Kingdom & Ireland
DUBLIN, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 

Firma perkhidmatan hartanah global Cushman & Wakefield hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperolehi cabang hartanah komersial Kumpulan Sherry FitzGerald di Republik Ireland. Perjanjian itu dijangka diselesaikan pada awal September 2018.

Cushman & Wakefield pada masa ini sudah mempunyai 20% kepentingan di dalam perniagaan hartanah komersial Ireland yang beroperasi sebagai anggota gabungan eksklusif mereka di Republik itu – dijenamakan semula dua tahun lalu sebagai Cushman & Wakefield Ireland. Firma itu, yang mempunyai lebih dari 100 profesional hartanah komersial dan pejabat di Dublin, Limerick dan Galway, kini akan disatukan sepenuhnya ke dalam Cushman & Wakefield, satu daripada firma perkhidmatan hartanah yang terbesar di dunia dengan 48,000 orang pekerja di kira-kira 400 pejabat dan 70 buah negara.

Pengarah Urusan Aidan Gavin menjadi Ketua bagi Cushman & Wakefield di Ireland dan akan juga duduk di dalam Jawatankuasa Eksekutif firma itu untuk United Kingdom & Ireland.

Cushman & Wakefield akan mengekalkan perhubungan anggota gabungannya yang rapat dengan Kumpulan Sherry FitzGerald yang lebih luas, yang mempunyai lebih 97 pejabat di seluruh Republik itu.

Colin Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif, EMEA, Cushman & Wakefield, berkata: "Ini adalah satu langkah seterusnya yang menarik di dalam satu perhubungan yang luar biasa yang bermula 20 tahun yang lalu dan mencerminkan peningkatan ketara di dalam projek-projek rentas sempadan yang mana pasukan kami telah menjalin kerjasama. Kami menjangkakan pertumbuhan selanjutnya apabila ekonomi Ireland terus mengukuh dan kami bergabung sepenuhnya sebagai sebuah firma tunggal dengan satu operasi yang sangat lancar di antara Ireland dan United Kingdom. Kami adalah komited untuk meningkatkan keuntungan dari segi skala dan prestasi bagi perniagaan EMEA kami yang cukup besar untuk memberikan hasil yang luar biasa bagi pelanggan kami."

Aidan Gavin, Ketua bagi Ireland di Cushman & Wakefield, berkata: "Perniagaan kami telah terus mengembang sejak mengadaptasi jenama Cushman & Wakefield dan kami mempunyai momentum yang sebenarnya di tempat pasaran. Kami kini mempunyai peluang untuk bergerak ke peringkat seterusnya dengan memanfaatkan sumber-sumber rangkaian global kami untuk membentuk masa hadapan bagi hartanah Ireland."

Steven McKenna, Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Sherry FitzGerald berkata: "Bagi Kumpulan Sherry FitzGerald, penjualan ini memberikan kami  peluang untuk menyokong pelan bercita-cita tinggi kami untuk terus mengembangkan perniagaan Sherry FitzGerald kami. Kami akan membuka pejabat kami yang ke-100 tidak lama lagi di Ireland dan sama-sama memberikan tumpuan kepada menyediakan sebuah perniagaan yang lebih pintar untuk manfaat pelanggan kami melalui teknologi yang berimaginatif. Ia masuk akal bagi Cushman & Wakefield untuk memiliki sepenuhnya perniagaan komersial mereka di Ireland dan sama-sama masuk akal bagi kami untuk memiliki sebuah struktur pemilikan yang mudah dan satu jenama tunggal. Kami juga gembira untuk meneruskan perhubungan profesional kami yang sangat rapatt dengan Cushman & Wakefield Ireland."

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu Cushman & Wakefield akan juga memperoleh, dari Kumpulan Sherry FitzGerald, satu bahagian minoriti di dalam perniagaan hartanah komersial anggota gabungan mereka di Cork dan Belfast. Baki ekuiti itu, yang dipegang oleh pengarah-pengarah pemegang saham, tidak terjejas.

Maklumat mengenai Cushman & Wakefield

Cushman & Wakefield adalah sebuah firma perkhidmatan hartanah global terkemuka yang memberikan nilai yang luar biasa dengan meletakkan idea menjadi tindakan untuk penghuni dan pemilik hartanah. Cushman & Wakefield adalah di antara firma perkhidmatan hartanah yang terbesar dengan 48,000 orang pekerja di kira-kira 400 pejabat dan 70 buah negara. Pada tahun 2017, firma itu telah memperolehi hasil sebanyak $6.9 bilion merentasi perkhidmatan teras iaitu hartanah, kemudahan dan pengurusan projek, pajakan, pasaran modal, khidmat nasihat dan perkhidmatan lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.cushmanwakefield.com atau ikuti @CushWake di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180716005412/en/

Hubungi
Cushman & Wakefield
Richard Coleman, +44 (0)203 296 4326
Ketua bagi Perhubungan EMEA
richard.coleman@cushwake.com
atau
Kumpulan Sherry FitzGerald
Jill O’Neill, +353 86 252 3277
Pengarah, Perhubungan Luar
jill.oneill@sherryfitz.ie

Sumber : Cushman & Wakefield

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.