ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM 'SELANGOR INDUSTRIAL RIDE 2.0'

Monday 16/07/2018



BANGI, 16 Julai (Bernama) -- Invest Selangor Berhad selaku penganjur utama dan dianjurkan bersama oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MB) dan Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) pada 15 Julai 2018 telah menganjurkan Program ‘Selangor Industrial Ride 2.0bertempat di Sony EMCS (M) Sdn Bhd, Lot 5, Jalan Kemajuan Kawasan Perindustrian Bangi, 46350 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
 
Objektif utama program ini di anjurkan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar dan kesihatan di kalangan masyarakat dan juga komuniti perindustrian. Acara berbasikal ini juga adalah salah satu gaya hidup rekreasi dan sosial pada masa ini dan juga merupakan platform yang ideal di mana ianya baik untuk kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk semua peringkat lapisan umur. Diharapkan melalui program berbasikal ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak kerajaan Negeri Selangor dan komuniti perindustrian melalui persaingan yang sihat di dalam acara sukan berbasikal.
 
Sebagai makluman, Y.A.B. Tuan Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan dan menyertai ‘Selangor Industrial Ride 2.0’ pada pagi ini. Program tanggungjawab sosial korporat yang bertemakan “Eco-Ride” bersama Dato’ Menteri Besar Selangor juga telah diadakan semasa program ‘Selangor Industrial Ride 2.0’ berlangsung pagi ini dengan program menanam pokok bertempat di perkarangan bangunan syarikat Sony EMCS (M) Sdn Bhd.

Program tanggungjawab sosial korporat ini telah diilhamkan oleh DYTM Raja Muda Selangor, semasa Selangor Industrial Ride 1.0 yang lepas di mana ianya penting dalam membina nilai warga korporat dan komuniti perindustrian yang lebih baik di samping mengambil langkah-langkah untuk pemuliharaan alam semulajadi agar berkekalan dan terpelihara. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan flora kepada alam sekitar di kalangan warga korporat, komuniti perindustrian dan masyarkat khususnya di negeri Selangor.
 
Selangor Industrial Ride 2.0 yang dianjurkan pada tahun ini telah mendapat penyertaan lebih daripada 1,000 peserta yang mewakili pelbagai warga korporat, komuniti perindustrian dan masyarakat khususnya di negeri Selangor.
 
Program berbasikal yang berkonsepkan ‘Fun Ride’ ini telah bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi dengan jarak kayuhan 25km dan ianya telah membuka peluang kepada para peserta untuk mengenali kawasan perindustrian yang strategik di sekitar Bangi, Selangor di samping berinteraksi dan beriadah secara sihat.
 
‘Selangor Industrial Ride 2.0’ ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Kajang sebagai badan teknikal bagi program ini serta agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain yang terlibat.
 
Terima kasih juga kepada penaja-penaja bagi ‘Selangor Industrial Ride 2.0’:

Penaja kategori Platinum:
  • Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)
  • Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd
 
Penaja kategori Gold:
  • UMW Holdings Berhad
  • Kato Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd
  • Northport (Malaysia) Bhd
  • Global Amity Sdn Bhd
  • Communication Corporation Sdn Bhd

Penaja kategori Silver:
  • Nippon Electric Glass (M) Sdn Bhd
  • Amlion Personal Care Mfg Sdn Bhd
  • Royal Selangor
  • Intercosmetic Asia Pacific Sdn Bhd
  • Harbour Home Sdn Bhd
  • Hitachi Transport System (M) Sdn Bhd
  • KL-Kepong Oleomas Sdn Bhd
 
Penaja kategori Bronze:
  • Jutasama Sdn Bhd
  • Nova Laboratories Sdn Bhd
  • Sime Darby Plantation Berhad
  • MDC Precast Industries Sdn Bhd
  • Serendah Steel Trading Sdn Bhd
  • Tribe Ads Sdn Bhd
  • Paramount Property Development Sdn Bhd
 
Penaja rasmi Minuman Isotonik: 
  • F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd
 
Penaja rasmi Logistik : 
  • Honda - Global Amity Sdn Bhd
 
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Encik Azrul/Puan Haslinda/ Puan Maryani di talian 03-5510 2005 atau emel :
azrul@investselangor.my/haslinda@investselangor.my/maryani@investselangor.my.

Latarbelakang Penganjur:
Invest Selangor Berhad adalah sebuah agensi hak milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan di dalam negeri Selangor bagi pelaburan sedia ada dan yang berpotensi.
 
Disediakan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Invest Selangor Berhad


SUMBER : INVEST SELANGOR BERHAD (fka "SSIC Berhad")

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Azrul
Emel :  azrul@investselangor.my

Nama : Puan Haslinda
Emel : haslinda@investselangor.my

Nama : Puan Maryani 
Emel : maryani@investselangor.my 

Tel : 03-5510 2005

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.