ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KOHLER CO. DIPERKENALKAN SEBAGAI RAKAN UTAMA BAGI MANCHESTER UNITED

Friday 13/07/2018



Kohler akan menjadi rakan lengan baju yang pertama bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Manchester United


MANCHESTER, England, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- (NYSE: MANU) Manchester United dan Kohler, sebuah jenama gaya hidup global yang beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Amerika Syarikat, telah bersetuju kepada satu perkongsian global yang melibatkan berbilang tahun. Logo jenama KOHLER akan dipaparkan pada lengan baju kelab yang paling ikonik dan paling laris bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita. Perkongsian itu juga termasuk penyertaan bersama dalam aktiviti pada hari perlawanan, penambahbaikan yang berinovatif kepada kemudahan kelab, kemapanan global dan projek-projek tanggungjawab sosial dan kerjasama rakan yang lain dengan peminat Manchester United dan pelanggan dan rakan sekutu Kohler.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180712005392/en/

Kohler Co. adalah sebuah pemimpin di dalam reka bentuk dan inovasi bagi produk dapur dan mandian dan satu daripada pengeluar sistem kuasa yang terbesar di dunia. Diasaskan pada tahun 1873, kedua-dua organisasi itu telah wujud untuk tempoh lebih dari 140 tahun, berkongsi sebuah sejarah panjang yang kaya dengan tradisi, kecemerlangan dan inovasi, serta satu visi yang sama untuk memberi impak yang positif kepada dunia.

Manchester United dan Kohler akan menyambut perkongsian itu dengan peminat United di seluruh pelusuk dunia pada 19 Julai apabila baju baharu untuk perlawanan di tempat sendiri bagi musim 2018/19, yang akan diperkenalkan pada minggu depan, dipakai buat pertama kalinya oleh pasukan lelaki dalam perlawanan pembukaan bagi Jelajah 2018 mereka menentang Kelab Amerika di Phoenix, Arizona.

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold mengulas:

"Adalah amat menyeronokkan untuk mengalu-alukan Kohler ke dalam keluarga Manchester United sebagai sebuah rakan utama dan penaja pertama bagi lengan baju kami untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita. Baju kami itu adalah lebih daripada sekadar sesuatu untuk kami pakai, ia merangkumi keghairahan peminat kami dan kesetiaan mereka kepada kelab itu."

"Kohler dikenali di seluruh dunia bukan sahaja kerana reka bentuk yang serba canggih dan produk mereka yang mewah tetapi juga satu komitmen yang tulen terhadap pengawasan dan kelestarian dan merupakan satu penambahan yang menarik kepada keluarga rakan komersial kami."

David Kohler, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kohler Co. mengulas:

"Perkongsian kami dengan Manchester United memberikan peluang baharu untuk mempamerkan kualiti produk dan perkhidmatan Kohler dengan peminat yang penuh bersemangat bagi pasukan sukan yang paling luas jangkauannya dan paling dihormati di planet ini. Kami sangat teruja untuk membantu membina jenama global kami di kalangan orang yang mengaitkan diri mereka dan gaya hidup mereka, dengan inovasi yang termaju dan satu keinginan untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik."

"Satu komponen penting di dalam perhubungan ini adalah sokongan kami terhadap pasukan profesional wanita baharu itu, dan kami tidak sabar-sabar untuk menyaksikan penyertaan mereka buat kali pertama dan sokongan kami yang berterusan. Manchester United merangkumi kecemerlangan yang mapan di dalam kesemua yang mereka lakukan dan nilai kami yang dikongsi bersama adalah satu gandingan yang sempurna ketika kami memperluaskan kehadiran kami yang pesat berkembang di peringkat antarabangsa ke dalam rantau-rantau baharu dengan tujuan dan kehadiran yang penuh bermakna."

AKHIR

Maklumat mengenai Manchester United

Manchester United adalah merupakan satu daripada pasukan sukan yang paling popular dan berjaya di dunia, mempersembahkan satu daripada sukan penonton yang paling popular di muka bumi ini. Melalui warisan kami selama 140 tahun kami telah memenangi 66 piala, membolehkan kami untuk membangunkan jenama sukan dan sebuah komuniti global yang terkemuka di dunia yang mencakupi 659 juta orang pengikut. Komuniti kami yang besar dan penuh ghairah menyediakan Manchester United dengan satu platform di seluruh dunia untuk menghasilkan pendapatan yang signifikan daripada pelbagai sumber, termasuk penajaan, perdagangan, pelesenan produk, media baharu & mudah alih, penyiaran dan hari perlawanan.

Maklumat mengenai Kohler Co.

Ditubuhkan pada tahun 1873 dan beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Kohler Co. adalah satu daripada syarikat milik persendirian yang paling tua dan terbesar di Amerika yang terdiri daripada hampir 37,000 rakan sekutu. Dengan lebih daripada 50 lokasi pengeluaran di seluruh dunia, Kohler adalah sebuah pemimpin global di dalam reka bentuk, inovasi dan pembuatan bagi produk dapur dan mandian; enjin dan sistem kuasa; kabinet dan jubin mewah; dan pemilik/pengendali bagi dua destinasi hospitaliti dan resort golf lima bintang yang terbaik di dunia di Kohler, Wisconsin, dan St. Andrews, Scotland. Padang golf Kohler di Whistling Straits akan menjadi tuan rumah kepada Piala Ryder 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.KohlerUnited.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180712005392/en/
 
Hubungi
Manchester United
Kate Lowe
+44 (0) 161 868 8427
kate.lowe@manutd.co.uk
atau
Kohler Co.
Stephen Maliszewski
stephen.maliszewski@kohler.com

Sumber : Manchester United

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.