ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA MEMBANGUNKAN DIOD SCHOTTKY ARUS BALIKAN RENDAH DENGAN PRESTASI HABA YANG LEBIH BAIK

Wednesday 11/07/2018



  • Reka bentuk pembungkusan baharu menyediakan pengurangan 50% di dalam rintangan haba berbanding dengan pembungkusan USC konvensional

TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") mengumumkan pelancaran sebuah produk diod rintangan Schottky yang baharu "CUHS10F60." Peranti itu disasarkan pada aplikasi seperti pembaikan dan pencegahan aliran balik di dalam litar bekalan kuasa. Pengeluaran besar-besaran dan penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180710005424/en/

CUHS10F60 yang baharu itu mempunyai rintangan haba rendah 105°C/W[1] di dalam pakej US2H yang baru dibangunkan itu yang mempunyai kod pembungkusan "SOD-323HE". Rintangan haba bagi pakej itu telah dikurangkan sebanyak 50% berbanding dengan pakej USC yang konvensional, yang membolehkan reka bentuk terma yang lebih mudah.

Pembaikan seterusnya di dalam prestasi telah juga dibuat apabila dibandingkan dengan produk keluarga yang lain. Berbanding dengan diod Schottky CUS04[2], arus balikan maksimum telah dikurangkan dalam sekitar 60% kepada 40µA[3]. Ini menyumbang kepada penggunaan kuasa yang lebih rendah di dalam aplikasi di mana ia digunakan. Di samping itu, voltan balikannya telah meningkat dari 40V kepada 60V. Ini meningkatkan julat aplikasi di mana ia boleh digunakan berbanding dengan CUS10F40[4].

Aplikasi
  • Litar bekalan kuasa (pembaikan, pencegahan aliran balik, dan lain-lain)
Ciri-ciri
  • Voltan rendah ke hadapan: VF=0.56 V (jenis) @IF=1.0 A
  • Arus balikan rendah: IR=40 μA(maksimum)@VR=60 V
  • Pakej peletakan permukaan kecil: Peletakan ketumpatan tinggi yang kukuh dengan pakej US2H (SOD-323HE).

 Table


Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran dan Jualan Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180710005424/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.