ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEJOHANAN RAJA RUSA 2018 DIADAKAN DI DAFENG, JIANGSU

Wednesday 11/07/2018



AsiaNet 74332

DAFENG, China, 11 Julai, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 16 Jun, satu pertembungan untuk "cinta" telah berlangsung dengan gigihnya di padang rumput prairi di Hutan Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Dafeng Milu, di pantai Laut Kuning. Kejohanan Raja Rusa 2018 itu diadakan seperti yang dijadualkan.

Melalui siaran langsung oleh kesemua media, acara itu telah membolehkan penonton dunia untuk menyaksikan "Kegemilangan Raja" yang muktamad. Pada pukul 9 pagi, persembahan langsung raja rusa itu telah bermula secara rasmi. Lu Changhu, seorang ahli botani dan ahli zoologi, profesor di Universiti Perhutanan Nanjing, dan Wang Libo, pakar kanan ternakan di Pejabat Pengurusan Hutan Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Dafeng Milu, menjelaskan mengenai pertandingan raja rusa itu. Pemandangan pertandingan itu adalah merupakan kawasan pelepasan yang pertama di hutan simpanan itu, dan ia juga merupakan kawasan pelepasan yang paling awal wujud. Terdapat barangkali lebih daripada 600 Rusa Milu di sini. Mengikut nisbah jantan dan betina, terdapat lebih dari 200 ekor Rusa Milu jantan dewasa di sini, bertarung untuk gelaran Raja Rusa dalam bentuk pertempuran roda.
 
Rusa Milu juga dikenali sebagai "nondescript" atau tidak mempunyai ciri-ciri yang menarik atau tersendiri. Kepalanya adalah seperti kepala seekor kuda, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya adalah seakan leher seekor unta, dan ekornya adalah seperti seekor keldai. Ia adalah haiwan kebangsaan kelas pertama yang dilindungi. Pada hari ini, populasi Rusa Milu telah membiak dari 39 kepada 4,556 ekor, yang mencakupi lebih daripada 60% dari populasi Rusa Milu di dunia. Jumlah populasi liar telah meningkat kepada 905 ekor. Rusa Milu telah menjadi satu titik tumpuan bagi keutamaan ekologi dan pembangunan hijau bagi Dafeng, satu contoh yang lazim bagi pembangunan hijau di Jiangsu.
 
Sumber: Pejabat Pengurusan Hutan Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Dafeng Milu

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.