ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​H3 DYNAMICS LANCAR H3 ZOOM.AI UNTUK BANDAR RAYA PINTAR, MENJADI PERINTIS KEPADA BANGUNAN TINGGI DENGAN MENGGUNAKAN A.I. & DRON

Monday 09/07/2018



SINGAPURA, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- H3 Dynamics Holdings mengumumkan pelancaran H3 Zoom.AI, sebuah platform perkhidmatan yang dibolehkan kecerdasan buatan dan berasaskan awan yang baharu yang menghubungkan dengan dron kamera untuk menawarkan satu alternatif yang lebih selamat, lebih cepat, dan lebih tepat kepada aktiviti pemeriksaan penyelenggaraan yang berbahaya, sukar untuk dicapai, atau berskala besar-besaran di seluruh dunia, meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan masa henti dan meningkatkan daya pengeluaran.
 
Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180708005041/en/
 
Dengan tumpuan pertama pada Bandar Raya Pintar, H3 Zoom melancarkan Inspektor Façade (video), sebuah alat pemeriksaan visual yang memanfaatkan pembelajaran mesin dan dron untuk mengubah cara muka bangunan bertingkat tinggi diperiksa dan diselenggara. Inspektor Façade oleh H3 Zoom akan diperkenalkan buat kali pertama di Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia 2018 – Pavilion Singapura (Petak S30) pada 9 hingga 11 Julai.
 
Memandangkan peraturan baharu menggesa untuk satu peningkatan di dalam kekerapan  pemeriksaan dan pada masa yang sama bilangan bangunan terus berkembang, Inspektor Facade keluaran H3 Zoom menangani cabaran berskala dengan memperkenalkan satu proses terdigit sepenuhnya yang boleh mengimbas sebuah bangunan bertingkat tinggi dalam masa beberapa minit sahaja berbanding berminggu-minggu lamanya sebelum ini, dan pada masa yang sama mengelakkan gondola dan meningkatkan keselamatan pekerja. Enjin AI H3 Zoom boleh mengasing-asingkan beribu-ribu imej HD dan berbilion piksel untuk mengenal pasti, menjelaskan, dan menyetempatkan pelbagai jenis kecacatan secara tepat, yang kemudiannya dibentuk melalui laporan-laporan pemeriksaan interaktif.
 
Kalangan profesional industri kini boleh log masuk ke dalam H3 Zoom.AI, mencari peta-peta ketinggian bangunan yang mereka biasa, melihat satu ringkasan dan kecacatan yang ditemui mengikut keterukan dan mengikut jenis (keretakan permukaan, cat terkopek atau tanda-tanda pengakisan dan kecacatan lain), kesemuanya boleh digambarkan sebagai satu lapisan pada peta elevasi. Ciri-ciri interaktif bagi penyelesaian itu menawarkan kepada pengguna dengan keupayaan untuk "zum" ke mana-mana imej HD yang merakamkan masalah yang dikenal pasti. Setiap deskripsi kecacatan juga datang dengan satu penggredan keterukan yang mana enjin AI itu telah belajar dari masa ke masa daripada input pakar.
 
Inspektor Facade H3 Zoom telah diuji dengan jayanya di Singapura sebagai sebahagian daripada satu inisiatif Inovasi yang diketuai oleh JTC, pemaju infrastruktur hartanah komersial yang utama di negara itu, di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri. Penyelesaian itu mencelah masuk ke dalam aliran kerja kejuruteraan yang sangat tepat dan sedia ada, sekali gus memudahkan kontraktor, pemilik bangunan dan pengurus kemudahan untuk mendapat manfaat segera daripada teknologi AI.
 
Encik Mark Koh, Pengarah Kumpulan, Kemudahan dan Pengurusan Harta, JTC berkata, "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan H3 Zoom.AI untuk menyediakan penyelidikan, pembangunan dan sokongan tapak ujian yang diperlukan untuk merintis penyelesaian inovatif ini. Kami berharap agar penyelesaian teknologi baharu seperti ini dapat membolehkan sektor Pengurusan Kemudahan mencapai operasi yang lebih cekap dan sebuah persekitaran kerja yang lebih selamat."
 
H3 Zoom telah diuji ke atas beberapa hartanah JTC, termasuk bangunan mercu tanda di daerah one-north seperti FusionopolisBiopolis, Ayer Rajah Crescent, serta pelbagai koleksi struktur bangunan yang berbeza-beza jenis.
 
Rakan pelancaran tambahan H3 Zoom (video) termasuk Pihak Berkuasa Tanah Singapura serta IBM, yang mana H3 Zoom telah berusaha terhadap beberapa perkembangan baharu - yang akan diumumkan tidak lama lagi. "Kami memahami bahawa perkhidmatan AI yang berjaya akan menjadi tugas khusus, penggunaan kes khusus, dan menegak khusus. H3 Zoom.AI akan mengubah setiap proses khusus ini menjadi setara digital untuk penerimaan yang lebih mudah," kata Shaun Koo, pengasas bersama dan ketua pegawai teknologi dari H3 Zoom Pte. Ltd.
 
Ditawarkan sebagai satu perkhidmatan langganan berasaskan awan, Inspektor Façade juga boleh diperolehi sebagai sebuah API agar penyatuan selanjutnya di antara pihak berkepentingan bandar raya pintar mendapat sokongan. Ini juga membuka kemungkinan kepada peluang-peluang perkhidmatan baharu yang sepenuhnya bagi beribu-ribu syarikat perkhidmatan pemeriksaan, kontraktor, pemaju hartanah, pemilik dan pengendali.
 
H3 Zoom Pte. Ltd. http://www.h3zoom.ai/
 
H3 Zoom adalah sebuah platform perkhidmatan digital yang dikuasakan oleh Al dan berasaskan awan yang menangani kes-kes penggunaan penyenggaraan infrastruktur yang khusus merentasi beberapa industri menegak. Platform itu akan menampilkan pelbagai perkhidmatan langganan digital yang menampilkan sistem pelaporan anomali automatik yang berdasarkan kepada input sensor visual, haba atau kimia yang dikumpulkan oleh dron dan pelbagai robot sensor yang dikendalikan dari jauh.
 
H3 Dynamics Holdings Pte. Ltd. http://www.h3dynamics.com/
 
H3 Dynamics, syarikat induk bagi H3 Zoom.AI, adalah sebuah syarikat pemegangan dengan perniagaan yang menggabungkan perkhidmatan data kecerdasan buatan berasaskan awan / mesin pembelajaran dengan robot dan dron pemeriksaan dan pemantauan automatik yang disambung kepada internet agar pengumpulan data di lapangan, pemindahan data dan pemprosesan data boleh diautomasikan sepenuhnya akhir-ke-hujung. H3 Dynamics adalah sebuah syarikat Singapura dengan sebuah anak syarikat Eropah di Paris, Perancis, sebuah anak syarikat Amerika Syarikat di Austin, Texas, serta perwakilan di Jepun dan Brazil.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180708005041/en/
 
Hubungi
Bagi pihak H3 Dynamics Holdings Pte. Ltd.
Riki Lie
riki@h3zoom.ai
 
Sumber : H3 Dynamics Holdings Pte. Ltd.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.