ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ULANGTAHUN KE-17 IKIMFM

Friday 06/07/2018



KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pada 6 Julai 2018, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meraikan ulangtahun ke-17 penubuhannya.  IKIMfm telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001 dan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang beroperasi selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara.

IKIMfm menggabungkan program yang bersifat mendidik jiwa dan juga program berbentuk hiburan mendidik jiwa, di samping turut menyajikan pelbagai maklumat yang bermanfaat. Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Anggaran rasmi oleh pihak GfK (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap rangkaian di Malaysia yang terkini telah mencatatkan bahawa seramai 1.157 juta pendengar IKIMfm di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini. Jika mengambil kira  keseluruhan pendengar termasuk di Sabah dan Sarawak, malah siaran ini turut meliputi sebahagian selatan Thailand,  Singapura dan  Batam Indonesia, malah dijangkakan IKIMfm dapat didengari oleh hampir dua juta pendengar.

Bermula sebagai satu-satunya radio tanahair beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya, IKIMfm mengorak langkah membina nama sebagai radio Islam tunggal negara bersiaran 24 jam menyebarkan kefahaman Islam bukan sekadar di bumi Malaysia, malah lebih membanggakan IKIMfm hari ini telah didengari di seluruh dunia dengan wujudnya aplikasi radio secara online.

Kejayaan program terbitan IKIMfm ini dapat dilihat berdasarkan penganjuran Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang pertama kalinya dianjurkan pada tahun 2004. Malah AN17 yang dianjurkan menerusi penerbitan slot Carta Nasyid IKIMfm yang ke udara pada setiap Sabtu, turut memberi pengiktirafan kepada penyanyi, penulis dan komposer lagu-lagu nasyid tempatan.

Sempena ulangtahun ke-17 IKIMfm terus mengikat pendengar untuk terus bersama mereka dengan memantapkan program-program sedia ada dan ditambah dengan kemunculan program-program baharu yang menjadikan IKIMfm terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya. Dengan kematangan usia 17 tahun, IKIMfm juga mengorak langkah mendekati pendengar melalui pelbagai cara bukan hanya penerbitan program di radio malah penganjuran acara luar seperti Karnival Mahabbah IKIMfm, Imarah Ramadan, misi kemanusiaan dan lain-lain.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat 
Tel : 03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama : Pn. Zawiah 
Tel : 019-3334253

Nama : Pn. Wan Zahidah 
Tel : 019-276 8003

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.