ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  DAKWAAN PESERTA FELCRA GELUNG PEPUYU DUSUN, PERAK YANG MENYATAKAN MEREKA MASIH BELUM MENERIMA INSENTIF RAYA SEBANYAK RM450

Thursday 05/07/2018



KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Semasa mengumumkan insentif raya pada 6 Jun 2018 yang lalu, YAB Perdana Menteri ada berkata, peruntukan untuk insentif FELDA itu melibatkan RM50 juta daripada dana Kerajaan manakala RM44 juta untuk FELCRA daripada keuntungan Syarikat berkenaan. Kita boleh merujuk pada artikel daripada Astro Awani, 6 Jun 2018.

Kenyataan YAB Perdana Menteri ini hendaklah dilihat dari dua perspektif yang berbeza iaitu di antara perspektif FELDA dan FELCRA.

Bagi FELDA, bayaran insentif raya RM450 kepada setiap peneroka diperolehi daripada sumber pembiayaan dana Kerajaan.

Manakala pembayaran dividen interim 1/ 2018 kepada peserta-peserta FELCRA telah diisytiharkan pada 7 Jun 2018 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM44.9 juta.

Adalah dimaklumkan bahawa FELCRA membayar dividen sebanyak tiga (3) kali setahun iaitu bayaran interim 1 pada bulan Jun sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, bayaran interim 2 pada bulan Disember sebelum musim baru persekolahan bermula dan bayaran akhir pada bulan April setelah akaun projek ditutup.

Dimaklumkan juga bahawa apa yang dilaksanakan oleh FELCRA dalam kaedah bayaran dividen ini telah dimaklumi oleh setiap peserta FELCRA dan dilaksanakan pada setiap tahun.

Unit Komunikasi Korporat
FELCRA Berhad

Sumber : FELCRA Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Misrom Matleham
Emel : misrom@felcra.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.