ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MENGUMUMKAN PENGGANDING FOTO IC OUTPUT ANALOG BAHARU UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Thursday 05/07/2018



- Peranti baharu menyampaikan keupayaan komunikasi berkelajuan tinggi kepada persekitaran automotif


TOKYO, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") mengumumkan pelancaran sebuah pengganding foto IC output analog baharu yang membolehkan komunikasi berkelajuan tinggi di dalam aplikasi automotif – terutamanya kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180704005392/en/

TLX9309 yang baharu itu terdiri daripada sebuah diod pemancar cahaya (LED) GaAlAs beroutput tinggi (LED) yang terganding secara optik kepada sebuah pengesan berkelajuan tinggi. Alat pengesan itu terdiri daripada sebuah fotodiod dan sebuah transistor yang digabungkan ke dalam sebuah cip tunggal. Sebuah perisai Faraday telah disepadukan kepada cip pengesan foto itu untuk menyediakan tahap imuniti sementara bermod biasa yang dipertingkatkan – lazimnya sehingga 15kV/ μs, satu parameter penting di dalam persekitaran automotif yang bising secara elektrik.

Dengan mengasingkan fotodiod dan penguatan transistor, kemuatan pengumpul itu dikurangkan, mengurangkan kelewatan perambatan dan menjadikan pengumpul terbuka TLX9309 lebih pantas daripada peranti output transistor. Sebenarnya, masa kelewatan perambatan dijamin adalah di antara 0.1μs dan 1.0μs, dengan perbezaan di antara peralihan tinggi ke rendah dan rendah ke tinggi (|tpLH-tpHL|) yang tidak lebih daripada 0.7μs, sekali gus menjadikan peranti itu sesuai untuk komunikasi berkelajuan tinggi seperti kawalan pembalik atau sebagai sebuah antara muka kepada modul kuasa pintar (IPM).

Secara elektrik, peranti itu menawarkan pengasingan 3750Vrms  dengan 5.0mm rayapan dan kelegaan untuk pengasingan keselamatan. Ia beroperasi dari sebuah bekalan di dalam julat -0.5 hingga 30V DC dan boleh meningkat sehingga 25mA pada voltan output sehingga 20V. Nisbah pemindahan arus adalah di dalam julat 15-300%.

TLX9309 itu dipek di dalam sebuah pakej 3.7mm x 7.0mm x 2.2mm yang mematuhi RoHS 5-pin SO6 dan beroperasi di atas julat suhu -40°C sehingga +125°C. Peranti itu adalah berkelayakan AEC-Q101 untuk digunakan di dalam aplikasi automotif.

TLX9309 itu kini dalam proses pengeluaran besar-besaran.

Aplikasi

Peralatan automotif
  • Komunikasi isyarat I/O di dalam litar kawalan pembalik
  • Komunikasi isyarat di dalam peralatan
Ciri-ciri
  • Output analog (Pengumpul terbuka)
  • Kadar komunikasi data: 1 Mbps (jenis) @NRZ
  • Berbanding dengan sebuah output transistor, masa kelewatan perambatan adalah lebih pantas: tPHL=0.8 μs (maksimum), tPLH=1.0 μs (maksimum)
  • Berkelayakan AEC-Q101

Table

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan pengganding foto Toshiba untuk aplikasi automotif.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/automotive.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran dan Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180704005392/en/

Hubungi
Pertanyaan media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.