ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN "BUFET MANISAN PUTERI DUYUNG"

Friday 22/06/2018



Memperingati Kisah Dongeng yang Ditulis oleh Hans Christian Andersen
 
TOKYO, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan "Bufet Manisan Puteri Duyung" sebagai memperingati kisah dongeng yang ditulis oleh penulis Denmark Hans Christian Andersen di Restoran All Day Dining kami "Jurin" dari 1 Julai (Ahad) sehingga 30 September (Ahad), 2018. Buffet tahun ini akan menawarkan pelbagai pencuci mulut yang berwarna-warni yang berdasarkan kepada "warna biru pekat cornflower" dan pelbagai bunga lain yang disediakan khas oleh pembuat pastri kami dan dicorakkan mengikut pelbagai hidupan laut yang mengingatkan watak-watak yang digambarkan di dalam kisah dongeng Little Mermaid. Beberapa pencuci mulut yang lazat termasuk kerang yang diperbuat daripada coklat dan "deep sea mousse" yang diperbuat di dalam warna biru yang berwarna-warni yang menggunakan perisa buah markisah dan nanas.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180621005383/en/
 
Pelbagai makanan pencuci mulut yang lazat yang disediakan oleh pembuat pastri kami akan dihidangkan di Restoran All Day Dining kami “Jurin", yang terkenal dengan makanan bermusimnya yang istimewa berdasarkan kepada pelbagai kisah dongeng termasuk "Alice's Adventures in Wonderland", "Beauty and The Beast " dan lain lain. Acara-acara ini sangat popular terutama di kalangan tetamu wanita yang berusia 20-an hingga 30-an untuk pencuci mulut yang sangat fotogenik yang boleh digunakan dalam perkongsian di pelbagai media sosial. Kali ini menandakan tahun ketiga bufet pencuci mulut ini diadakan berdasarkan kepada tema "The Little Mermaid", dan pembuat pastri kami telah mencipta pencuci mulut baharu untuk hiburan tetamu kami. Di samping itu, Keio Plaza Hotel Tokyo juga akan menawarkan satu pelan tetamu khas berjudul "Temptation the Little Mermaid" sehingga 17 September (Isnin) yang termasuk penggunaan Sky Pool kami.
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
 
Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang unik yang membolehkan mereka untuk menyelami budaya Jepun, termasuk bilik-bilik yang bertemakan Hello Kitty dan program menyelami budaya Jepun. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTubeFacebook atau Instagram kami.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180621005383/en/
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.