ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TELENOR MEMILIH PENERAJU PENGURUSAN BELANJA PERNIAGAAN, COUPA UNTUK MEMACU INISIATIF PEMEROLEHAN-UNTUK-BAYAR

Friday 22/06/2018



Coupa akan membolehkan syarikat telekomunikasi global itu memperkemas pembelian patuh polisi

SAN MATEO, Calif., 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Coupa Software (NASDAQ:COUP), peneraju pengurusan belanja perniagaan (BSM) hari ini mengumumkan bahawa Telenor, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar dunia telah memilih Coupa untuk mentransformasikan keupayaan pemerolehan globalnya, justeru mendorong keberkesanan untuk pekerjanya yang seramai 25,000 orang. Penyedia perkhidmatan global, KPMG akan memberi sokongan kepada langkah tersebut.

“Telenor sedang mengorak langkah untuk memulakan proses transformasi digital, antaranya untuk mendigitalkan dan meringkaskan proses dalaman,” kata Jon Omund Revhaug, CEO Telenor Procurement Company. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Coupa dan KPMG sebagai rakan kongsi dalam usaha ini kerana kepakaran subjek yang mendalam dan inovasi mereka pasti menjanjikan hasil yang berkesan.”

Peneraju telekomunikasi tersebut akan memulakan projek rintis untuk pekerja di Denmark dan Singapura diikuti dengan penggunaan menyeluruh untuk Unit Perniagaan Telenor di Norway, Sweden dan seluruh Asia. Projek itu akan meringkaskan pembelian patuh polisi untuk 25,000 orang pekerja Telenor yang menyediakan perkhidmatan untuk 178 juta pelanggan di seluruh dunia.

“Memperkemas proses pemerolehan-untuk-bayar dan menjadikannya standard di seluruh kawasan perniagaan Telenor di Eropah dan Asia memerlukan penyelesaian yang boleh diaplikasikan dengan cepat dan mudah dikonfigurasi dalam awan,” kata Revhaug.

“Kami berbesar hati untuk bekerja dengan Telenor pada projek ini untuk meningkatkan keterlihatan proses BSM syarikat tersebut,” kata Mark Riggs, ketua pegawai pelanggan Coupa. “Telenor memerlukan platform awan yang moden dan cergas serta pendekatan penggunaan yang berfokus hanya terhadap hasil periagaan yang dimahukan. Kami teruja apabila Telenor memilih Coupa dan KPMG untuk memainkan peranan utama dalam transformasi ini.”

Coupa dan KPMG dipilih oleh Telenor selepas menilai penyelesaian yang boleh diambil dengan mendalam.
Perihal Coupa Software
Coupa Software (NASDAQ:COUP) ialah peneraju penyedia penyelesaian pengurusan belanja perniagaan, atau BSM. Kami menawarkan platform BSM komprehensif berdasarkan awan yang telah menghubungkan ratusan organisasi dengan lebih daripada empat juta pembekal di seluruh dunia. Platform kami menawarkan lebih keterlihatan dan kawalan tentang cara syarikat membelanjakan wang. Dengan platform kami, syarikat boleh mendapatkan nilai sebenar yang boleh dikira dan simpanan yang memacu keuntungan mereka. Ketahui dengan lebih lanjut di www.coupa.com. Baca dengan lebih lanjut di Blog Coupa atau ikuti @Coupa di Twitter.
Perihal Telenor
Telenor Group menghubungkan pelanggannya yang seramai 178 juta orang dengan apa yang terpenting buat mereka. Menghubungkan dunia telah menjadi keutamaan Telenor selama lebih daripada 160 tahun dan kami kini beroperasi dalam 12 pasaran di Scandinavia, Pertengahan Timur Eropah dan Asia. Pekerja kami yang seramai 30,000 orang komited terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan didorong oleh matlamat untuk memperkasa masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.telenor.com/

Pertanyaan media:
Orlando De Bruce
Coupa Software
Hubungan Awam Global
orlando.debruce@coupa.com
O (650) 485-8629

SUMBER : Coupa Software Incorporated

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.