ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA LANCAR PEMACU IC JAMBATAN-H MENYOKONG PEMACU KUASA SEMASA VOLTAN RENDAH 1.8V DAN VOLTAN RENDAH 1.6A

Wednesday 23/05/2018



-Merealisasi kawalan motor dengan dua bateri sel kering -

TOKYO, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran “TC78H651FNG,” pemacu IC dwi-jambatan[1]  H untuk DC motor ‘brushed’ dan ‘stepping’ motor yang menyalurkan voltan rendah (1.8V) dan arus tinggi (1.6A)[2] yang penting untuk peralatan bervoltan rendah yang dikuasakan oleh bateri sel kering, seperti peranti mudah alih, produk elektronik untuk rumah dan pemacu USB.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri  multimedia. Paparan siaran penuh boleh dididapati  di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180522006519/en/

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, apabila IOT (Internet segala-galanya) berkembang maju, dan teknologi tanpa wayar semakin banyak digunakan, permintaan ke atas aplikasi yang boleh dikendalikan dari jauh melalui telefon pintar dan alat lain, semakin meningkat, selain minat terhadap kawalan motor berkuasa bateri.

Trend ini merangsang permintaan ke atas pemacu IC yang mampu memacu peranti, termasuk pada voltan rendah 1.8V (0.9V × 2 bateri, yang kapasitinya dikurangkan dengan pelepasan walaupun 1.5V, 1.2V, dan lain-lain merupakan voltan awal).

Sehingga ini, peranti arus perdana telah menjadi pemacu IC jambatan-H yang dibangunkan dengan transistor bipolar, yang dapat mencapai operasi yang stabil pada voltan rendah. Bagaimanapun, masalah yang timbul termasuk penggunaan arus yang besar yang memendekkan hayat bateri dan meningkatkan kerugian arus dalam IC, dan tork motor tidak mencukupi, memandangkan voltan yang digunakan untuk motor diturunkan.

Pengendali pemacu IC dwi-Jambatan-H baharu menggunakan proses DMOS khusus Toshiba untuk pemacu voltan rendah mencapai hayat bateri yang lebih lama dengan operasi voltan rendah yang stabil. Tork motor yang lebih baik juga direalisasikan dengan mengurangkan kerugian IC melalui rintangan rendah[3]. Produk baharu ini sesuai untuk aplikasi motor yang didorong oleh bateri voltan yang agak rendah (1.8V hingga 6.0V).

Ciri-ciri utama
(1) Penggunaan arus rendah memanjangkan hayat bateri
(ICC = 0.6 mA (typ.) dalam mod operasi apabila VM = 3.0V dan Ta = 25°C; ICC = 0 µA (typ.) dalam mod siap sedia apabila VM = 3.0V dan Ta = 25°C)
 
(2) Daya tahan yang rendah mengurangkan kerugian IC yang dijana oleh penurunan voltan dalam pemacu motor, menyumbang kepada peningkatan tork motor
(Ron = 0.25Ω (typ.) (jumlah ketinggian dan bahagian rendah apabila VM = 5V dan Ta=25°C)
 
(3)Fungsi pengesanan ralat untuk perlindungan lebih arus, penutupan termal, dan di bawah pengunci voltan menyumbang kepada keselamatan peranti.
 
Aplikasi
Aplikasi motor didorong oleh bateri voltan yang agak rendah (1.8V hingga 6.0V), peranti mudah alih (kamera dan pencetak kompak) menggunakan bateri lithium-ion 3.7V, produk untuk rumah, seperti dapur gas, meter pintar, dan kunci elektronik, mainan menggunakan dua bateri kering 1.5V, dan peranti yang menggunakan bekalan kuasa USB 5V.
 
Spesifikasi Utama
Nama produkTC78H651FNG
Voltan bekalan tenaga
(julat operasi)
1.8V to 6.0V
Output arus
(penarafan maksimum mutlak)
1.6A
Bilangan saluran Jambatan-H2ch
Pemacu MotorDC menolak motor (memandu dua motors adalah mungkin.)
Motor DC bipolar
Output ke atas ketahanan
(jumlah belah tinggi dan rendah)
0.25Ω (typ.) apabila VM = 5.0V dan Ta = 25°C
Fungi pengesanPengesanan lebihan arus, penutupan termal, penghalang kekurangan voltan
PakejTSSOP16 (saiz: 5.0 mm x 6.4 mm, pin pitch: 0.65 mm)
Ciri-ciri lainFungsi siap sedia terbina: penggunaan tenaga ialah 0μA (typ.)
Fungi kawalan penembusan terbina
Menyokong mod putaran ke dalam/tebalik/berhenti
Pengeluaran besar-besaranJun 2018
 
 
Nota:
[1] Digunakan untuk mengawal putaran ke hadapan dan belakang untuk DC motor dan motor”stepping”. Transistor dan beban mempunyai konfigurasi.
[2] Arus sebenar motor dihadkan oleh keadaan operasi, seperti tahap suhu dan bekalan voltan.
[3] Komponen ketahanan apabila arus mengalir. Nilai halangan mencapai kerugian yang lebih rendah dalam pemacu motor dan menekan penjanaan haba.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu ini, sila layari :
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H651FNG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan :
Mixed Signal IC Sales and Marketing Department
Tel: +81-44-548-2826
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah berdasarkan kedudukan semasa tarikh pengumuman, dan boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu.

Mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kekuatan sebuah syarikat baharu dengan kepakaran pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat bebas pada bulan Julai 2017, kami berada seiring dengan syarikat-syarikat peranti am terkemuka dan menawarkan penyelesaian yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan usaha kami dalam semikonduktor khusust, sistem LSI dan HDD.

19,000 pekerja kami di seluruh dunia berkongsi kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan menekankan kerjasama yang erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina jualan tahunan sekarang yang melebihi 700 bilion yen (US $ 6 bilion) dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk masyarakat di mana-mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai kami https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html


Dapatkan versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20180522006519/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


Sila klik disini
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.